Tuesday, March 2, 2010

SEGMEN NOVEL

Dah lama jugak tak layan novel ni. Semalam saya datang rumah kak siti di Saujana Utama untuk hantar surat berkenaan rumah peranginan DBKL. Kebetulan Kak Siti ada beli novel baru bertajuk Pergilah Air Mata karya Hanni Ramsul penulis buku best seller Biarlah YM Berbicara. Memang best cerita tu. Tak sia-sialah kak siti beli buku ni. Kita yang baca ni asyik keluar air mata je. Ni dia bukunya..

Kepada sahabat2ku yang kaki novel (Lyna dan Shidah) buku ni memang berbaloi jika dibeli.
Nama hero dia Badrol dan heroin dia Sabrina. Badrol ada 2 isteri iaitu Sabrina (isteri tua) dan Yana (isteri muda). (macam nama menantu kak siti je). Dalam cerita ni Badrol asyik dengan bini muda je dan kedua-dua bini tinggal serumah. Badrol kahwin dengan Sabrina sebab kena tangkap basah. Kalau nak tau cerita selanjutnya silalah beli. Disarankan supaya beli kat minerva sebab ada diskaun 20%.

4 comments:

  1. salam:)
    Tak sabar rasanya nak baca buku nie.

    Klu berkesempatan bacalah buku nie, Cinta Kau dan Aku. Andai Itu Takdirnya, penulis Siti Rosmizah. Tangkap leleh...

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya dah baca semua tu kak, memang sedih sampai razman dok gelak..

    ReplyDelete
  3. Adakah plot cerita ini menyamai novel yang diadaptasikan ke filem sepert ayat-ayat cinta hasil karya Habiburrahman dan Bila Cinta Bertasbih berkisar mengenai isu poligami?.apa-apa pun saya akan pergi bacanya di MPH Mid Valley karya ini hujung minggu ini sambil membeli buku Perintah Am :)

    -torres-

    ReplyDelete
  4. salam kk..
    baik ko baca buku ni sebab pengerusi temuduga pun kaki novel jugak. Tak mainlah dia perintah am tu..
    kalau buku ni jadi filem sure pecah panggung lah..

    ReplyDelete