Thursday, March 25, 2010

BAHAGIAN PERJAWATAN SEMAKIN MURAM...

Bahagian Perjawatan dan pengambilan bertambah muram. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga lepas tu rumah runtuh pula. Walaupun kita gembira kerana bos kesayangan Encik Zaharuddin bin Haji Basiron telah dinaikkan pangkat ke Gred N52, tetapi beliau akan bertukar jabatan ke Jabatan Pengurusan Perumahan mulai 1 April 2010. Ada kemungkinan juga PA yang cantik manis Rashidah binti Md Yusuff akan mengikut Encik Zaharuddin ke Jabatan Pengurusan Perumahan. Semakin tidak berserilah Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, JPSM.

Encik Zaharuddin bin Haji Basiron dilahirkan pada
30.1.1958 di Rantau, Negeri sembilan D.K. Mula menyertai team Perjawatan dan Pengambilan pada tahun 2007 sebagai Timbalan Pengarah Gred N48. Beliau merupakan bos kesayangan Matsiong. (Lepas ni tak de lagi orang yang nak belanja breakfast kat Pak Cik Cafe).

Cik Rashidah binti Md Yusuff dilahirkan pada 23.5.1983 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau berasal dari Alor Gajah, Malaka. Mula jadi warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2.7.2007 sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 (Kontrak) di Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, JPSM. Pada 4.5.2009 beliau telah dilantik Tetap dalam jawatan dan Jabatan yang sama. Lepas ni takde lagi orang yang akan berjalan sambil menyanyi2 lagu Nobody Nobody dari Wonder Girl.

Walaupun masih boleh berjumpa tetapi jauh dimata. Mungkin Shidah yang paling sedih sebab di Bandar Wawasan tiada Sogo/Mc Donald/KFC. Bila teringin nak makan Mc Donald Shidah terpaksa menggunakan khidmat Shuttel DBKL yang semakin tidak tentu jadual penerbangannya.

SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA SAYA (ORANG YANG AKAN PINDAH JABATAN PADA 3.5.2010). Kita ucap selamat sesama sendiri.....

3 comments:

  1. ramainya team perjawatan nak meninggalkan tingkat 3,
    baru nak apply masuk perjawatan kalau dapat tetap..uhuhuhu

    -torres yang cedera tertoreh -

    ReplyDelete
  2. sedihnya..ramai yg bertukar ye...takpelah orang baru suasananya pun baru juga...doa2 bertambah baik juga..amin!!

    ReplyDelete
  3. torres memang anda calon yang akan ke perjawatan bila dapat tetap nanti...itu wasiat saya..

    ReplyDelete