Monday, September 12, 2011

MERDEKA

Dalam sibuk-sibuk LE pergi site, LE sempat juga lepak di tepi Jalan Raja Laut pada hari ini untuk menyaksikan raptai perarakan hari merdeka yang akan diadakan pada hari Jumaat ni. Walaupun panas tapi berbaloi sebab dapat tengok hero filem melayu.

LE tengok je kawan-kawan ambil gambar. Malu pulak LE nak gambar bersama-sama.

Ini dia kumpulan pancaragam DBKL.

Polis

Tentera

Puteri Islam, St John, Pandu Puteri, PLKN, Kesatria.

Raptai penuh pada Rabu ni, kalau nak tengok.

Wednesday, September 7, 2011

HARI RAYA 2011

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat-sahabat LE yang dikasihi. Walaupun telah 9 hari kita berhari raya, baru hari ini LE sempat nak update cerita mengenai Hari Raya. Dikesempatan ini juga LE dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan-perkataan LE yang menyinggung perasaan semua.

Hari Raya LE dan keluarga biasa je, macam semua orang. Cuma kali ini LE berjaya juga untuk pujuk Owen supaya pakai baju sedondon dengan kitaorang. Selalunya asyik tema warna-warni je. Kali ini kami semua pakai baju biru/hijau. Meriah sungguh raya kali ini.

Pada Hari Raya yang kedua LE dan keluarga bertolak ke Kuala Pilah, NS untuk beraya bersama keluarga mertua.

Tak banyak LE ambil gambar untuk raya kali ini sebab tak sempat. Ni je lah gambar yang ada. Sekian untuk kali ini, semoga jumpa lagi.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA LE SEKELUARGA.