Wednesday, March 17, 2010

BULAN-BULAN TERAKHIR LISA ESTRADA..

Sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila mendapat surat pertukaran jabatan pada 16.3.2010 yang lalu. Kesedihan yang lebih teruk daripada kakitangan N11 (Kontrak) yang akan dijumudkan jawatannya dalam masa 10 bulan lagi. Selepas bulan Mei nanti akan hilanglah bayangan Lisa Estrada di Bahagian Pengambilan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.

Menyingkap sejarah, Lisa Estrada dilahirkan pada 25 September 1974 di Hospital Besar Klang. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Meru sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan diterima masuk ke Sekolah Tinggi Klang sehingga tamat STPM. Die Hard Fans of Manchester United dan Pasukan England.

Mula memasuki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Julai 1997 sebagai Penolong Pegawai Tadbir dan ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Tiga tahun kemudian saya telah berpindah ke Bahagian Latihan sehinggalah tahun 2003. Mulai Julai 2003 saya telah bertukar ke Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia sehingga kini.

Mula2 memasuki DBKL memang tidak tahu apa2. Saya tidak tahu bagaimana hendak on komputer, tidak tahu bagaimana hendak shut down komputer, ikat tali fail, tekan lift, dan sebagainya...memang fresh orang kampung. Encik Mustafa bin Mohd Nor merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar saya bagaimana hendak buat semua perkara. Pernah saya turun tangga dari tingkat 23 hingga lobby DBKL disebabkan saya tidak tahu bagaimana hendak menggunakan lif. Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengurusan Sumber Manusia kerana telah menjadikan saya seorang kakitangan yang baik.

Kepada kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan pula, saya mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, termarah, terasa hati, termakan, terminum, tersinggung perasaan, termengata dan sebagainya. Halalkan makan minum saya selama saya berada di Bahagian ini. selepas 13 tahun di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, anda tidak akan melihat lagi bayangan Lisa Estrada di Jabatan ini.

Kakitangan di Bahagian Pengambilan merupakan kakitangan yang paling baik yang pernah saya jumpa. Selalu beri kerjasama yang baik kepada saya selama ini. Tanpa bantuan semua saya tak punya apa-apa. Saya harap agar anda semua beri kerjasama yang baik kepada orang yang baru nanti. Sentiasalah ingati Lisa Estrada dan sentiasa ingati Michael Owen.


ENGLAND FOREVER

3 comments:

  1. Ya..Allah puan sedihnya..bila baca rintihan hati puan...sebak rasanya..tuhan saja yang tahu kan??? Orang yang pernah mengalaminya saja yg akan dpt memahami perasaan puan masa ini...takpe puan..fikir positif..banyakan bersabar dan berdoa ye...kita pun dah takde mood nak keje sebenarnya..dah seronok duk umah..bebas..ati tak sakit..boleh buat aap saja yg kita suka..hehe..

    ReplyDelete
  2. :( , untuk mengenang jasa puan..saya ingin temuduga puan! dan akan tribute di blog perkhidmatan sedikit masa lagi, bykkan bersabar! perlu diingat pemilihan puan disebabkan puan adalah yang terpilih dari yang terbaik oleh pengurusan tertinggi! nampaknya dekatlah bahagian perkhidmatan dengan puan!

    bahagian perkhidmatan team

    ReplyDelete