Thursday, February 11, 2010

TAHUN BARU CINA


Sabtu ni dah mula cuti Tahun Baru Cina. Budak-budak sekolah cuti mula sabtu sampailah selasa. Kalau nak gi kerja jalan kat KL ni mesti clear habislah. Sempena cuti ni kami masih tak de lagi perancangan nak pergi mana. Hazim sibuk nak balik Kuala Pilah. Tapi rasanya tak gi mana kot..duduk rumah kemas, masak, makan, tengok tv dan lain-lain lagilah.


Sempena Tahun Baru Cina ni mari kita tengok fakta yang menarik tentang perayaan ini.
Kalau tuan/puan nak tau pada tahun baru cina ni masyarakat cina memerlukan sebanyak 600,000 peti limau mandarin untuk menyambut tahun baru cina. Ini bermakna mereka membelanjakan sebanyak RM12 juta untuk membeli limau saja. Sebabnya saya kurang arif. Banyak vitamin c kot?

Any religions, New Year is always celebrated by all Malaysian whether it is Hari Raya, Deepavali or Chinese New Year. Its all celebrated collatively by all. Let's all hope and wishes that such act of Malaysianism will continue on as for as long as our Malaysian country exist.

Kalaulah Chow Yuen Fatt, Tony Leung, Hannah Tan, Aaron Kwok, Jet Li, Jacky Chan baca blog ni, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga gembira selalu.

Kepada yang beragama Islam saya ucapkan selamat bercuti, jag keselamatan dan kesihatan.

Jumpa lagi.


BOYS OVER FLOWER

Cerita Korea yang paling best dah habis kat TV8. Tak puas hati lagi tu...tengok pulak CD sampai dua tiga kali..sampai hafallah jalan cerita dia. Rasanyalah yang paling best selepas era winter sonata (Bae Yong Jun/Choi Ji Woo).

Cuma yang sikit tak puas hati kenapa Jan Di mesti berpasangan dengan Jun Pyo (Lee Min Ho) bukannya dengan Ji Hoo Sunbae (Kim Hyun Joong). Rasanya Ji Hoo lebih menonjol dari Jun Pyo. Bila Jan Di ada masalah mesti Ji Hoo datang jadi penyelamat 911 la katakan. Bila Jan Di sakit Ji Hoo jaga, kalau Ji Hoo sakit Jan Di jaga.... tapi nak buat macam manakan..kang lari pulak dengan cerita asal Hana Yori Dango.

Bagi saya Jun Pyo tu kasar tak reti nak ambik hati perempuan...lagipun mak dia tak suka..tak masuk syurga bila tak ikut cakap mak. Lagi satu Jun Pyo ni takut dengan lebah, ular dan lipas. Ade ke hero takut kat itu semua?. Berbeza dengan dengan Ji Hoo, dia adalah seorang anak yatim piatu..tak banyak cakap..tapi pandangan/jelingan mata dia dah cukup untuk mencairkan hati wanita. Siap potongkan makanan untuk Jan Di pulak tu.


Tapi Pelikkan, masih sekolah tapi boleh pulak pergi berjalan-jalan, naik kereta mewah-mewah. Cuma Ji Hoo sorang sahaja yang pakai motor. Ada lesen ke diaorang?... Boleh pulak buli orang..cikgu diaorang tak marah ke?. Dah tu tak pernah nampak diaorang buat kerja rumah. Boleh pakai make-up. Pakai kasut dan stokin lain-lain kaler. Seorang cikgu pun tak nampak. Tak masuk akal langsung. Tapi tak kisahlah asalkan hero hensem2.


F4 Korea

Geum Jan di dengan Ji Hoo Sunbae masa diorang pergi Macau.

Kenapa saya suka cerita ni?.
Sebab, cerita ni pandai mainkan emosi orang. Bila Jandi Sedih, saya sedih. Bila Jan Di Gelak, saya gelak. Bila Ji Hoo sakit, saya pun sakit. Bila Ji Hoo dan Jan Di Happy, saya pun happy. Lepas ni nak tengok Boys Over Flower versi Jepun Pulak (Hana Yori Dango). Yang ni katanya lagi best dan kejam...
chaiyok..chayok..

Dalam banyak-banyak watak tu watak yang paling kesian ialah Woo Bin Sunbae. Langsung pengarah lupakan dia. Tak banyak tau asal usul dia sapa gilrfriend dia. Watak dia macam tangkap muat/cukup syarat je. Tapi Woo Bin Sunbae digambarkan sebagai seorang yang menjaga sahabatnya. Yelah diakan anak mafia korea. Semua F4 member ada cerita masing-masing kecuali Woo Bin Sunbae..kesian.

Agaknya bila Pengarah filem Malaysia nak buat filem ni versi melayu, siapakah pada pandangan anda yang layak untuk memegang watak Gu Jun Pyo, Yoon Ji Hoon, So Yi Jung, Song Woo Bin dan Geum Jan Di?

Kalaulah saya jadi Pengarah, saya akan pilih barisan pelakon seperti berikut :

Gu Jun Pyo - Fahrin Ahmad
Yoon Ji Hoon - Asyraf Muslim
So Yi Jung - Awal Ashaari
Song Woo Bin - Iqram Dinzly/Shamsul (anak yusof haslam)
Geum Jan Di - Heliza (Akademi Fantasia)

Jumpa lagi...

Wednesday, February 10, 2010

SELAMAT BERTEMU KEMBALI !

Setelah sekian lama akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba. Mulai esok akan tercatatlah sejarah kembalinya seorang blogger masa hadapan yang terus akan menceriakan hari-hari yang mendatang. (Itupun kalau broadband saya berfungsi dengan sempurna esok).


Dengan berbekalkan modal RM 100.00, akhirnya saya dapat memiliki broadband yang diidamkan. Kepada semua peminat nantikan kehadiran ku esok..

Sunday, December 6, 2009

TERKENANG MASA LALU...

Tiba-tiba je sewaktu bersendirian sambil belek gambar-gambar lama, saya terkenang mak angkat yang berada di Nagano, Jepun. Sihat lagi ke dia agaknya. Dia tu selalu buatkan mee soba. Masa rehat je dia dah tunggu kat kedai dengan mee sobanya. Waktu di Nagano tu memang happy gila tak de masalah langsung..nak jalan, nak tido, shopping semua boleh..tak de sapa yang larang..

Nilah rupa makcik kantin tu. Hari-hari makan soba makcik kantin rupa pun dah macam makcik kantin. Yang sedang makan tu zul...

Kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Semoga sihat sentiasa. Dari kiri tu Zul, kak ida, mizi, kumar dan ana. Yang paling comel tu saya lah..

Yang barisan belakang tu yang saya paling ingat ialah Nakaidaira (3 dari kiri) dan Yamamoto (1 dari kanan) yang lain tu tak ingat. Sorry ye..

Sempat juga melawat Tokyo Disneyland.

Ni pulak Kobayashi. Kawan paling best dari Shimosuwa. Lupalah pulak apa nama tempat ni.

Gambar ni masa kitaorang pergi melawat ladang epal. Yang baju putih possing pegang epal macam makcik snow white tu TJ (Tengku Jalil). Yang tepi sekali belah kiri tu Tee Kok Bee (QC girl).

Ni masa saya dan kak ida lepak kat Bell Shine Shopping Komplek. Hari-hari pegi Bell Shine, balik kerja terus pergi sana. Bukan beli apa pun saja jalan-jalan.

Bilalah nak jumpa kawan-kawan lama ni. Dah dekat 12 tahun tak jumpa. Harap2 masih ingat lagi..Tetiba rasa syahdu pulak...

Nota : Sentiasa terkenang kisah suka duka, menyayat hati, terguris hati, patah hati antara kita semua. Semoga jumpa lagi.

Monday, November 30, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

HAri Raya Aidil Adha tahun ni juga merupakan tahun pertama kami sambut di rumah sendiri. Tahun pertama juga saya masak sendiri. Selalunya saya tolong je...tolong makan sebab pagi raya baru balik. Disebabkan terlalu teruja nak raya saya ambil EL pada hari Khamis. Saya paksa razman ambil EL juga...yelah sapa nak hantar saya ke TESCO kalau razman tak cuti kan...

Bermula pada pagi Khamis tu kami pun buat persiapan seperti buat ketupat, kopek kulit kerang, siapkan bahan2 untuk buat rendang, kupas bawang dan sebagainya. Tahun ni juga saya arahkan mak supaya rehat je jangan buat apa2....dah penat orang tua tu masak tiap tahun.


Daun kelapa yang telah bapak beli untuk raya ni..taklah banyak sangat cukup untuk satu keluarga dan bagi jiran2 sikit. Selain ketupat bapak juga buat lontong untuk hidangan pagi raya.


Seperti biasa anak dara saya yang memang ringan tulang nak membantu.


Ni baru sikit..

Yang buat kerja ni razman..saya tak sanggup nak buat, sakit pinggang dan gatal2 tangan dibuatnya.

Saya mula masak rendang pada pukul 3.00 petang dan siap pada pukul 9.00 malam. Inilah makanan yang dapat saya sediakan pada hari raya nih..


Sambal kerang yang hampir nak masak. Kebiasaannya sambal ni dimakan dengan sayur lodeh dan lontong. Hidangan ni wajib ada samada raya aidilfitri ataupun raya aidil adha.


Rendang yang belum kering


Walaupun rupa rendang ni tak best tapi rasanya ok juga..


Ni la sayur lodeh yang akan dimakan dengan sambal kerang dan lontong. Tapi kuning sangat lah pulak.

Ayam masak kicap atau nama glamernya ayam semur.

Selepas sembahyang raya kami pun berkemas nak balik Kuala Pilah. Kami bertolak pada pukul 11.00 dan sampai di Kuala Pilah pada pukul 2.30 petang. Kami tak ikut Bukit Putus lagi dah sebab jalan baru dah boleh pakai..so lepas ni keraplah razman ajak balik kuala pilah..


Dengan adanya jalan baru ni kami tak lah mabuk laut lagi..hanya 4 minit lebih sikit untuk sampai ke ulu bendul.

Selamat tinggallah bukit putus..walaupun tak lalu kat situ lagi tapi kami sentiasa memerhatikan mu.

Kami berada di Kuala Pilah selama 3 hari mulai jumaat dan balik pada hari ahad.
Itulah cerita Hari Raya kami. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kenalan/kawan2 dsbg. semoga jumpa lagi dimasa akan datang.

Thursday, November 19, 2009

HAZIM BERJAYA!!!!

Pada hari Jumaat yang lepas saya dan Razman dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena meraikan anak2 cemerlang di sekolah kebangsaan sultan hishamuddin alam shah kuala lumpur.
Hati ibu mana yang tak bangga bila tengok anak sendiri terima hadiah bukannya tempat kedua dan ketiga.. tapi tempat pertama. Selama ni kami dengar sahaja anak orang lain berjaya. Bila masa exam saja hazim selalu dapat nombor corot..masa tahun 2 hazim dapat nombor 28 daripada 28 orang murid..sebulan jugalah saya ambil masa untuk tenangkan diri..Dari kelas pertama Hazim turun kelas ketiga..sedihnya tak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Bila masuk tahun 3 saja banyak benda saya korbankan termasuklah potong line ASTRO, untuk mengelakkan anak2 leka dan malas belajar. Saya terpaksalah lupakan EPL buat sementara waktu. Tinggalkan sekejap Michael Owen dan Kelab Manchester United, tak tengok macam-macam aznil dan sebagainya. Bila sampai office dengar je kawan-kawan cerita.
Tapi pengorbanan kami berbaloi juga. Bila tengok anak berjaya. Masa mula-mula Hazim tunjukkan result kat ayahnya, Razman antara percaya tak percaya je..buat muka blurr (bukan apa, sebab dia dah janji dengan Hazim nak belikan game bila dapat nombor 1..).
Apapun tahniah Hazim, semoga tahun 4 nanti lebih cemerlang. Tahun 4 nanti hazim kembali ke kelas pertama..Terima kasih kepada semua guru di SKSHAS Kuala Lumpur.

Monday, October 19, 2009

BERAYA DI RUMAH ESTRADA

Hari Ahad lepas, geng Perjawatan dan Pengambilan telah datang ke rumah kami untuk berziarah sempena syawal ni. Terima kasih kerana sudi hadir walaupun menghadapi kesukaran untuk mencari lokasi rumah. Mujurlah ada Abang Mokhtar (suami Kak CT) yang menjadi GPS bidan terjun..


Menyambut ketibaan Kak Mawar yang baru sampai.
Kak Mawar pegagg perut sebab dah kenyang makan ayam golek kat umah pengantin..
Sempat merakamkan detik-detik bersejarah ni..


Walaupun keletihan namun mereka tetap ceria. Kesian baby aina anak reza ni jadi gulai kat budak2 ni..


Pertemuan Hawa dan Aina

Sultan MANSOR SHAH pun ada..terima kasih kerana sudi hadir.


Ita yang merenung makanan sebab tak tau nak makan apa.


Pasangan suami isteri yang romantik sedang mengambil angin segar..
Abang Mokhtar keletihan sebab terpaksa menjadi GPS bidan terjun..
Agaknya mereka tengah berbincang tentang persiapan kenduri kahwin pada januari nanti..
Kalau susah nak carik penaggah jangan risau..budak2 ni ada. Mereka sedia membantu.

Sempat lagi promosi kuih raya...Jika ada sapa2 nak tempah biskut tart untuk aidiladha nanti bolehlah tempah. Kalau nak tau rasanya tanyalah budak2 ni..
Biskut tart estrada terkenal di seluruh Kuala Pilah.


Mat Siong dan family pun ada.
Mat siong tengah tahan nafas..Cover..cover


Ratu Cantik Bahagian Perjawatan melawat dapur yang tengah bersepah.


Nasib baiklah diaorang bergambar kat sini..
Ita seperti biasa..tangan tetap di perut..under cover


Apa kerja budak berdua ni? Ooo Som...Shidah dulu masuk toilet...


Cik Pelangi yang keseorangan tiada berteman..
Menunggu Torres yang tak kunjung datang..
Tetapi jangan risau sinar pasti akan menjelang...


Bergambar di atas tilam busuk Hawa yang bertahun tak basuh..
Sebenarnya ramai yang datang seperti CC Razak dan Family, Encik Herman dan Family, Encik Sugihijau dan Family, Encik Kamaruddin dan Family, Puan Jamilah & suami. Tapi tak sempat nak ambil gambar...


Bergambar kenangan sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

Razman Malek & Lely aka Michael Owen @ Estrada
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumah buruk kami. Jika ada kekurangan dari segi layanan kami mohon ampun dan maaf. Jika ada kelapangan masa jemputlah datang ke rumah kami lagi. Sehingga berjumpa lagi tahun hadapan. Assalamualaikum.