Thursday, November 19, 2009

HAZIM BERJAYA!!!!

Pada hari Jumaat yang lepas saya dan Razman dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena meraikan anak2 cemerlang di sekolah kebangsaan sultan hishamuddin alam shah kuala lumpur.
Hati ibu mana yang tak bangga bila tengok anak sendiri terima hadiah bukannya tempat kedua dan ketiga.. tapi tempat pertama. Selama ni kami dengar sahaja anak orang lain berjaya. Bila masa exam saja hazim selalu dapat nombor corot..masa tahun 2 hazim dapat nombor 28 daripada 28 orang murid..sebulan jugalah saya ambil masa untuk tenangkan diri..Dari kelas pertama Hazim turun kelas ketiga..sedihnya tak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Bila masuk tahun 3 saja banyak benda saya korbankan termasuklah potong line ASTRO, untuk mengelakkan anak2 leka dan malas belajar. Saya terpaksalah lupakan EPL buat sementara waktu. Tinggalkan sekejap Michael Owen dan Kelab Manchester United, tak tengok macam-macam aznil dan sebagainya. Bila sampai office dengar je kawan-kawan cerita.
Tapi pengorbanan kami berbaloi juga. Bila tengok anak berjaya. Masa mula-mula Hazim tunjukkan result kat ayahnya, Razman antara percaya tak percaya je..buat muka blurr (bukan apa, sebab dia dah janji dengan Hazim nak belikan game bila dapat nombor 1..).
Apapun tahniah Hazim, semoga tahun 4 nanti lebih cemerlang. Tahun 4 nanti hazim kembali ke kelas pertama..Terima kasih kepada semua guru di SKSHAS Kuala Lumpur.

4 comments:

  1. tahniah!!! dulu saya pun dapat no paling last dalam kelas semasa darjah 4,tapi saya mendapat juga segulung ijazah yang tidak bermakna untuk sektor pasaran tempatan...hehehe

    Perit sangat masa itu, nasib baik ibu saya bagi semangat.Puan tak perlu marah atau paksa Hazim itu, cuma bagi semangat sahaja dan memantau perjalanan pelajaran.Setiap hari luangkan masa untuk melihat buku pelajaran dan kurangkan bermain game. saya gagal kerana banayak main game masa itu( game yang famous pada zaman saya adalah brick game yang boleh dibeli dipasar malam..kini sudah ada PS2 dan PSP!! )

    semoga hazim berjaya. Yang paling penting adalah bukan dari segi akedemik tetapi sahsiah serta ilmu agama yang cukup untuk menghadapi cabaran era sibernatik ini.Serta memilih pengkhususan pelajaran yang menjurus kepada bidang pasaran tempatan.

    selamat kembali ke dunia blog.blog adalah satu seni selain bermain gitar atau mementaskan teater. Kami akan sentiasa memantau perjalanan blog ini..hehehe

    *teringat filem LASKAR PELANGI anak kecil dari kampung yang bersungguh belajar


    APRUM 98-04

    ReplyDelete
  2. salam:)
    Tahniah pd Hazim. Sape tak bangga klu anak dpt cemerlang, menitis airmata...

    Anak saya mcm tu le, dgr anak org smua cemerlang tapi bilalah anak kita nak jd mcm tu. Apa2pun kena reda klu dah usaha sebb itu dah ketentuan dr NYA.

    ReplyDelete
  3. tima kasih atas nasihat ngan comment anda semua saya akan terus berblogging......

    ReplyDelete
  4. Lepas ney mak su boleh sambung astro balik..sebab da cuti sekolah..kite sama2 tgk EPL,sokong MU..hee~

    Untuk Ajim..moga2 tahun4 nanti dapat kedudukan yg lebey baik di kelas pertama..
    gambatte~!!

    ReplyDelete