Monday, October 19, 2009

BERAYA DI RUMAH ESTRADA

Hari Ahad lepas, geng Perjawatan dan Pengambilan telah datang ke rumah kami untuk berziarah sempena syawal ni. Terima kasih kerana sudi hadir walaupun menghadapi kesukaran untuk mencari lokasi rumah. Mujurlah ada Abang Mokhtar (suami Kak CT) yang menjadi GPS bidan terjun..


Menyambut ketibaan Kak Mawar yang baru sampai.
Kak Mawar pegagg perut sebab dah kenyang makan ayam golek kat umah pengantin..
Sempat merakamkan detik-detik bersejarah ni..


Walaupun keletihan namun mereka tetap ceria. Kesian baby aina anak reza ni jadi gulai kat budak2 ni..


Pertemuan Hawa dan Aina

Sultan MANSOR SHAH pun ada..terima kasih kerana sudi hadir.


Ita yang merenung makanan sebab tak tau nak makan apa.


Pasangan suami isteri yang romantik sedang mengambil angin segar..
Abang Mokhtar keletihan sebab terpaksa menjadi GPS bidan terjun..
Agaknya mereka tengah berbincang tentang persiapan kenduri kahwin pada januari nanti..
Kalau susah nak carik penaggah jangan risau..budak2 ni ada. Mereka sedia membantu.

Sempat lagi promosi kuih raya...Jika ada sapa2 nak tempah biskut tart untuk aidiladha nanti bolehlah tempah. Kalau nak tau rasanya tanyalah budak2 ni..
Biskut tart estrada terkenal di seluruh Kuala Pilah.


Mat Siong dan family pun ada.
Mat siong tengah tahan nafas..Cover..cover


Ratu Cantik Bahagian Perjawatan melawat dapur yang tengah bersepah.


Nasib baiklah diaorang bergambar kat sini..
Ita seperti biasa..tangan tetap di perut..under cover


Apa kerja budak berdua ni? Ooo Som...Shidah dulu masuk toilet...


Cik Pelangi yang keseorangan tiada berteman..
Menunggu Torres yang tak kunjung datang..
Tetapi jangan risau sinar pasti akan menjelang...


Bergambar di atas tilam busuk Hawa yang bertahun tak basuh..
Sebenarnya ramai yang datang seperti CC Razak dan Family, Encik Herman dan Family, Encik Sugihijau dan Family, Encik Kamaruddin dan Family, Puan Jamilah & suami. Tapi tak sempat nak ambil gambar...


Bergambar kenangan sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

Razman Malek & Lely aka Michael Owen @ Estrada
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumah buruk kami. Jika ada kekurangan dari segi layanan kami mohon ampun dan maaf. Jika ada kelapangan masa jemputlah datang ke rumah kami lagi. Sehingga berjumpa lagi tahun hadapan. Assalamualaikum.




5 comments:

  1. Laaa..den ingat kan omputih mano buek open house, kau ghupo eh yo Man. Sampai ati tak ajak kwn2 lamo yo, dah jumpo balik pun tak nak ajak...ni nak marah ni..

    SORRY LELY, AKAK GURAU JE, HUBBY AWAK SCHOOLMATE AKAK DULU..

    ReplyDelete
  2. tak pe den tak marah.jemputlah datang rumah. tak yah tunggu open house.

    ReplyDelete
  3. INSYAALLAH, sorry, muko Lely nampak familiar lah, org mano yo?

    ReplyDelete
  4. saya org klang. tPI SELALU Balik pilah. kak sekarang ni tak boleh update selalu blog ni sebab dbkl dah block internet. ni pun pinjam broadband kawan. seminggu sekali baru boley update.esok saya suruh man belikan broadband .

    ReplyDelete
  5. yeke...tak pe lah, sesekali jengah lah blog akak ya. Haaa..suruh je Man beli, duit banyak2 nak buat apa kan. Boleh kita sembang2 kat sini..

    ReplyDelete