Wednesday, March 31, 2010

MAJLIS PERPISAHAN BP&P

Selama ni sayalah yang menguruskan majlis-majlis perpisahan/persaraan untuk pegawai dan kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, JPSM. Tetapi semalam majlis tu diadakan untuk diri saya sendiri bersama-sama dengan beberapa kakitangan lain. Rupanya begitulah perasaan orang yang diraikan. Bila berucap tu lupa segala apa yang nak diucapkan. Kelu lidah bila terpandang matsiong yang tersengih2...


Wahai sahabat-sahabatku yang ku kasihi..Andalah penghibur hati dikala sepi. Teman suka dan duka. Walaupun seribu tahun lagi aku tak dapat mencari sahabat yang serupa dengan apa yang ada sekarang.

Walaupun hidangan ini tak sehebat sewaktu majlis perpisahan Bahagian Perkhidmatan tempoh hari, tapi bagi kami ini sudah mencukupi. Tak lalu makan pun....

Banyak amanat kepada matsiong nih..

Selepas 22.4.2010 ni tak lagi kedengaran nyanyian dari abang M..

JUMPA LAGI

Thursday, March 25, 2010

MAJLIS PERPISAHAN

Sempena perpisahan beberapa kakitangan di Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, pada hari ni kami mengadakan acara makan2 bersama di KFC Jalan Tunku Abdul Rahman. Hari ni kan gaji...


Esok2 tak adanya kami berpeluang nak makan beramai-ramai makan macam ni..
Semuanya dah bawa haluan masing-masing. Abang M dah nak bersara dan start cuti bulan April ni, Kak CT dah seronok duduk kat rumah, Maisarah/lyna/Ita/Matsiong kalau dapat tetap pergi jabatan lain...

Hanya KFC cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sahaja yang menjual nasi campur seperti yang dimakan oleh kak ecah. Cawangan lain takde...

BAHAGIAN PERJAWATAN SEMAKIN MURAM...

Bahagian Perjawatan dan pengambilan bertambah muram. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga lepas tu rumah runtuh pula. Walaupun kita gembira kerana bos kesayangan Encik Zaharuddin bin Haji Basiron telah dinaikkan pangkat ke Gred N52, tetapi beliau akan bertukar jabatan ke Jabatan Pengurusan Perumahan mulai 1 April 2010. Ada kemungkinan juga PA yang cantik manis Rashidah binti Md Yusuff akan mengikut Encik Zaharuddin ke Jabatan Pengurusan Perumahan. Semakin tidak berserilah Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, JPSM.

Encik Zaharuddin bin Haji Basiron dilahirkan pada
30.1.1958 di Rantau, Negeri sembilan D.K. Mula menyertai team Perjawatan dan Pengambilan pada tahun 2007 sebagai Timbalan Pengarah Gred N48. Beliau merupakan bos kesayangan Matsiong. (Lepas ni tak de lagi orang yang nak belanja breakfast kat Pak Cik Cafe).

Cik Rashidah binti Md Yusuff dilahirkan pada 23.5.1983 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau berasal dari Alor Gajah, Malaka. Mula jadi warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2.7.2007 sebagai Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 (Kontrak) di Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, JPSM. Pada 4.5.2009 beliau telah dilantik Tetap dalam jawatan dan Jabatan yang sama. Lepas ni takde lagi orang yang akan berjalan sambil menyanyi2 lagu Nobody Nobody dari Wonder Girl.

Walaupun masih boleh berjumpa tetapi jauh dimata. Mungkin Shidah yang paling sedih sebab di Bandar Wawasan tiada Sogo/Mc Donald/KFC. Bila teringin nak makan Mc Donald Shidah terpaksa menggunakan khidmat Shuttel DBKL yang semakin tidak tentu jadual penerbangannya.

SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA SAYA (ORANG YANG AKAN PINDAH JABATAN PADA 3.5.2010). Kita ucap selamat sesama sendiri.....

Wednesday, March 17, 2010

BULAN-BULAN TERAKHIR LISA ESTRADA..

Sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila mendapat surat pertukaran jabatan pada 16.3.2010 yang lalu. Kesedihan yang lebih teruk daripada kakitangan N11 (Kontrak) yang akan dijumudkan jawatannya dalam masa 10 bulan lagi. Selepas bulan Mei nanti akan hilanglah bayangan Lisa Estrada di Bahagian Pengambilan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia.

Menyingkap sejarah, Lisa Estrada dilahirkan pada 25 September 1974 di Hospital Besar Klang. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Meru sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia dan diterima masuk ke Sekolah Tinggi Klang sehingga tamat STPM. Die Hard Fans of Manchester United dan Pasukan England.

Mula memasuki Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Julai 1997 sebagai Penolong Pegawai Tadbir dan ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Tiga tahun kemudian saya telah berpindah ke Bahagian Latihan sehinggalah tahun 2003. Mulai Julai 2003 saya telah bertukar ke Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia sehingga kini.

Mula2 memasuki DBKL memang tidak tahu apa2. Saya tidak tahu bagaimana hendak on komputer, tidak tahu bagaimana hendak shut down komputer, ikat tali fail, tekan lift, dan sebagainya...memang fresh orang kampung. Encik Mustafa bin Mohd Nor merupakan orang yang bertanggungjawab mengajar saya bagaimana hendak buat semua perkara. Pernah saya turun tangga dari tingkat 23 hingga lobby DBKL disebabkan saya tidak tahu bagaimana hendak menggunakan lif. Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengurusan Sumber Manusia kerana telah menjadikan saya seorang kakitangan yang baik.

Kepada kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan pula, saya mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa, termarah, terasa hati, termakan, terminum, tersinggung perasaan, termengata dan sebagainya. Halalkan makan minum saya selama saya berada di Bahagian ini. selepas 13 tahun di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, anda tidak akan melihat lagi bayangan Lisa Estrada di Jabatan ini.

Kakitangan di Bahagian Pengambilan merupakan kakitangan yang paling baik yang pernah saya jumpa. Selalu beri kerjasama yang baik kepada saya selama ini. Tanpa bantuan semua saya tak punya apa-apa. Saya harap agar anda semua beri kerjasama yang baik kepada orang yang baru nanti. Sentiasalah ingati Lisa Estrada dan sentiasa ingati Michael Owen.


ENGLAND FOREVER

Tuesday, March 16, 2010

PUAN JAM BAKAL MENERIMA MENANTU..

Selepas Encik Mahfulz dan Kak Siti menerima menantu, kini giliran sorang lagi kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan bakal menerima menantu iaitu Puan Jamilah. Majlis pertunangan telah diadakan pada 13.3.2010 dan khabarnya bakal menantunya orang Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Tahniah!!

Monday, March 15, 2010

SUKA DUKA JADI ANAK KEMBAR

Semua orang teruja bila dapat anak kembar. Ramai di kalangan ibu/bapa berdoa agar dikurniakan anak kembar. Mungkin mereka suka bila tengok serba-serbinya sama, muka sama, pakai baju sama. Tapi tahukan anda semua perasaan bila jadi anak kembar?
Saya adalah orang yang bertuah sebab dilahirkan kembar. Masa kecik memang best. Apa yang nak mesti dapat. Selalu dapat hadiah daripada orang kampung. Ramai orang datang rumah sebab nak tolong jaga kitaorang. Masa tu pulak kitaorang first kembar kat kampung dan hingga kini masih belum ada kembar lain yang lahir di kampung saya.


Nilah rupa saya dan my kembar masih kecik. Gambar ini diambil pada Mac 1975. Saya yang sebelah kanan yang botak sikit tu.

Bila besar je dah mula jadi tak best. Ini disebabkan adanya perasaan irihati/persaingan dalam semua bidang. Dulu masa sekolah saya gemuk sikit, jadi semua orang asyik bezakan..'yang mana adik'?..'yang gemuk tu adiklah'..boring dengar.

Ditakdirkan pulak tu kembar saya kawin dulu, ade ke patut sedara mara + orang kampung kata saya kurang laku..teruk betul...


Masa ni masih bersekolah di Sekolah Tinggi Klang dalam tingkatan 6 atas.

Masa exam lagi dasyat persaingannya. Belajar sampai malam sebab nak pastikan kita lebih baik daripada yang satu lagi. Nasib baiklah SPM resultnya hampir sama. Bergaduh tu jangan cakaplah..hari2 gaduh. Pasal cermin pun boleh gaduh.


Bila dah berusia ni dah lain sikit. Kini kitaorang jadi pasangan kembar yang paling baik. Anak2 saya jadi anak susuannya. Bila dia ada hal saya jaga anak2, begitulah kalau sebaliknya.

Itulah dia cerita anak kembar, ada manis ada pahit.

Sunday, March 14, 2010

ANAK PENOREH GETAH

Tak sangka betul Razman masih pandai dan ingat lagi macamana nak menoreh getah. Mula-mula susah jugalah dia nak habiskan satu pokok, bila dah masuk hari kedua baru ok. Pokok getah kat belakang rumah adalah lebih kurang 40 batang semuanya. Razman mula menoreh seawal 7.30 pagi dan habis pukul 10.30 pagi.

Sejak bila minat menoreh?
Sejak harga getah tinggi...

Ni getah lantun yang semalam punya, baru nak kutip.


Walaupun mak/ayah saya memang penoreh getah tapi saya tak pernah tengok macamana orang menoreh. Tak pernah masuk kebun pun. Pertama kali tengok.

Ini rumah saya bila dilihat dari kebun.

Tuesday, March 9, 2010

SENJA DI KUALA LUMPUR

Inilah pertama kali dalam sejarah selepas berumahtangga saya pulang lewat dari kerja. Tetapi lewat bukan disebabkan saya berjalan2 tetapi kerana Temuduga PT(P/O) yang berlanjutan sehingga pukul 8.00 malam. Nasib baiklah Razman a.k.a Owen tak marah.

Pada malam tulah saya dapat tahu rupanya di KL pada waktu malam sangat indah dan berwarna-warni.

Inilah rupa bangunan tempatku mencari rezeki. Waktu siang bangunan ni macam biasa je, bila malam je bangunan ni lah yang paling menyerlah berbanding dengan bangunan2 lain yang ada di sekitarnya. Magic macam ada kuasa MERLIN.


Lampu warna biru yang berjuntai2 di Jalan Raja Laut menyebabkan warna keadaan sekeliling bertukar warna biru seakan-akan kita berada di planet lain.


Nama je kerja kat Kuala Lumpur, tetapi saya tak pernah pun menjejakan kaki di KL Tower. Tahun ni dah masuk 13 tahun kerja kat DBKL. Yang saya tau perjalanan KL ke Klang.

Kepada sahabat2 Face Book diucapkan selamat menghadapi Temuduga Tetap, semoga tenang semasa temuduga dijalankan. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Sunday, March 7, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN AMAT DAN SHIDAH

Tahniah diucapkan kepada pasangan Ahmad Izhamuddin dan Rashidah Md Yusof pada Hari sabtu, 6/3/2009. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Tahniah Amat & Shidah




Shidah di samping ibu (tudung pink) dan bakal ibu mertua (tudung biru)

Emak dan abah Amat

Tahniah sekali lagi

HARI USAHAWAN SKSHAS KUALA LUMPUR

Hari Usahawan (Hari Kantin) SKHAS Kuala Lumpur telah diadakan pada 6/3/2009 mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Kalau ikutkan jadual minggu ni, kami kena balik Kuala Pilah, tetapi kerana tak nak menghampakan anak2 sebab mereka dah beli banyak kupon untuk hari tersebut, kami pun pergilah kesekolah pada pagi tu dan balik Kuala Pilah selepas majlis berakhir. Pelbagai acara dijalankan seperti cabutan nombor bertuah, persembahan, makan2 dan sebagainya. Meriah jugalah..duit pun meriah juga..

Baru sampai je dah mintak belon....


Puas merengek akhirnya ayah pun tewas beli jugak akhirnya..RM5.00 tu.


Kupon banyak tapi satu pun tak sangkut


Antara murid yang paling tua beratur untuk mendapatkan belon free. 2 jam jugalah beratur.

Saat gembira Razman menerima belon setelah penat beratur.