Sunday, October 11, 2009

KAWAN-KAWAN NAK DATANG BERAYA....

Kawan-kawan opis nak datang beraya kat rumah pada 18.10.2009. Lepas diaorang pergi rumah Encik Mahfulz. Emmm..kena kemas rumah ni... Maklumlah rumah kitaorang ni taklah tersusun sangat, ramai budak. Tak macam rumah kak ecah dengan kerusi rotan barunya.

Jadi sempena kedatangan kawan opis ni kena kemaskan rumah sikit. Almaklumlah kawan-kawan opis suka sangat ambik gambar terutamanya Cik Pelangi....

Langsir pun tak siap lagi. 'Night curtain' tak de lagi....

Kuih raya pun dah habis. Yang tinggal cuma maruku dan kerepek je..
Kalau ada masa nanti saya buat kuit lagi..kalau ada masa laaa...

Bunga-bunga ni beli kat Sungai Buluh. Berseri la juga rumah ku nanti...Nasib baiklah mak dah belikan awal-awal. Kalau tak langsung tak berbunga rumah kitaorang.


Tv tu nak kena alihkan. Tempat tu nak letak meja makan.

Rasanya sarung kerusi ni kena tukar.
Jangan lupa datang beraya rumah saya nanti. Diingatkan kepada kawan-kawan yang hendak datang supaya tidak memakai baju warna hijau sebab kalau nak bergambar nanti tak nampak pulak..

No comments:

Post a Comment