Tuesday, April 13, 2010

KAK SITI GHANI DAN ABG. MOKHTAR PERGI UMRAH

Esok (14.4.2010), Kak Siti Ghani dan Abang Mokhtar akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadah Umrah. Jadi pada hari ini, kami kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan (wanita sahaja) mengambil kesempatan untuk menziarahi Kak Siti dan Abg. Mokhtar sebelum pemergian mereka ke Tanah Suci.
Pertemuan ini merupakan pertemuan yang pertama kali antara Kak Siti dan Kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan semenjak Kak Siti mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama 3 bulan bermula Februari 2010.

Lama tak jumpa


Perkara biasa apabila bertandang ke rumah orang....tengok album gambar.

Sempat juga Kak Siti menyediakan makanan tengahari untuk kami yang sememangnya tengah lapar.

Farah yang sememangnya rajin ke dapur. Dialah yang tolong Kak Siti dan Kak Inem membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga hingga bersih dan berkilat. Dia jugalah yang membasuh mangkuk Lisa Estrada yang sibuk ambil gambar.

Kepada Kak Siti dan Abang Mokhtar kami doakan semoga selamat dalam melakukan ibadah, selamat pergi dan balik dan semoga sihat sewaktu melakukan umrah. Kalau tidak menyusahkan, Kak Siti ingatlah akan kiriman doa2 kami.

Nak minta Kak Siti Doakan supaya anak2 saya iaitu :
1. Muhammad Hazim bin Razman
2. Nuraina Hanani binti Razman
3. Ainil Hawa binti Razman
agar terang hatinya supaya mudah dalam menerima pelajaran dan jadi anak2 yang berguna di dunia dan akhirat, jika kak siti ada kelapangan.

1 comment:

  1. InsaAllah kak ct akan cuba tunaikan sedaya upaya.(memohon doa untuk kebaikan semua). Harap doakan juga kak ct dan abg. mokhtar slmt pergi menunaikan umrah dan slmt kembali ke Malaysia...Ameeennn...

    ReplyDelete