Thursday, April 1, 2010

CC RAZAK KENA KELUAR KANDANG...

Peristiwa keluar /mengeluarkan orang di Bahagian Perjawatan dan Pengambilan semakin hangat sekarang ni. Peristiwa terbaru ialah CC Razak kena keluar dari kandangnya. Walaupun CC tidak kena sepak dari Bahagian ini seperti saya tetapi dia terpaksa keluar dari kandang yang diduduki sejak sekian lama. Tempat beliau akan diduduki oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir dari Unit Modal Insan mulai 5.4.2010. Diharapkan CC bersabar akan ujian dan dugaan dari Allah. Walaupun CC nampak gembira tetapi percayalah..saya tahu perasaan CC yang sebenarnya..

Siapakah lagi selepas ini yang akan menerima nasib yang sama?
Kita tunggu sahaja kesudahannya.

Kelihatan rakan-rakan seperjuangan CC sedang mengemaskan kandang baru CC yang terletak di hujung tanjung. Tidak kira tua/muda/miskin dan kaya, semuanya bersatu padu membantu. Ok juga tempat ni CC, senang nak balik..

Kandang baru CC yang hampir siap.


Tapak peninggalan CC sejak 2007 - 2010.

Peristiwa di atas boleh diumpamakan sebagai OPS Nyah orang lama perjawatan. Sepatutnya mereka ini dihormati dan dijadikan sebagai rujukan kepada orang baru disebabkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Begitulah nasib orang-orang lama di Bahagian ini. Giliran saya bakal menanti awal Mei nanti dan saya pasti ada orang yang gembiranya dengan terkeluarnya generasi terakhir ini.


4 comments:

  1. Oleh itu..bersiap sedialah wahai generasi terakhir, fizikal dan mental menghadapi saat2 seperti ini..dah sedia dari dulupun....

    ReplyDelete
  2. Sabar jelah cc..selalu fikir positif..setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  3. Kami dari perkhdimatan amat sedih, ini semua dugaan untuk yang terbaik, kami tetap menghargai jasa dan sumbangan mu semua..tanpa kamu semua torres tiada di dbkl

    -kk-

    ReplyDelete