Thursday, April 22, 2010

5 JAM BLACKOUT

Buat pertama kalinya rumah kitaorang takde api semalam. Semalam juga merupakan kali pertama Ainil Hawa nampak lilin. Taknak berganjak dia tengok lilin tu. Nasib baik tak hitam lubang hidung.

Semalam tak dapatlah nak tengok cerita hantu Penunggu Gunung Raya kat TV3. Nasib baik dapat tengok drama Asmaradana, tu pun kat kedai makan Puncak Alam.


Wednesday, April 21, 2010

ABANG M TETAP DI HATI..

Mulai hari ni kami tidak lagi mendengar suara abang M disebabkan beliau telahpun bersara dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai semalan. Setiap petang bila kami (terutamanya Maisarah) sudah mula mengantuk, abang M akan mula menyanyi pelbagai rentak lagu lama ataupun baru hingga kami semua terhibur dengan kepakarannya mengubah lirik lagu. Abang M yang kita kenali merupakan seorang insan yang serba boleh. Beliau merupakan pembaca doa tetap Bahagian ini, selalu menjadi imam di surau tingkat 3, Menara Tun Razak, pandai menyanyi, pakar rujuk, pakar forensik dan menjadi lelaki paling ramai peminat jika bahagian ini menganjurkan majlis2 seperti Hari Raya, Birthday Party dan majlis-majlis lain.

Disebabkan hobi saya yang selalu sembahyang zohor pukul 3.00 petang, Abang M selalu kata kalau sembahyang pada waktu ni, Malaikat dah gulung sejadah..tak yah lah sembahyang. Sebab tu kalau saya terlambat sembahyang saya akan lalu pintu belakang. Pelbagai kenangan yang telah kami lalui bersama dengan Abang M.

Siapa yang dapat menandingi kehebatan Abang M yang telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 4 x di sepanjang perkhidmatannya?. setahu saya markah Abang M tidak pernah kurang dari 94%. Abang M tidak pernah mengeluh bila dia banyak kerja. Bila Abang M hendak keluar ke bank, dia mesti kata "puan, saya nak keluar pergi bayar duit kereta kat bank 10 minit". Dalam masa 10 minit dia mesti dah ada kat office balik. Itulah dia Encik Mahfulz Juraimi yang saya kenali.

SELAMAT BERSARA KAMI UCAPKAN. WALAUPUN TIDAK LAGI DI DEPAN MATA, ABANG M TETAP DI HATI KAMI SEMUA.

Tuesday, April 13, 2010

HAWA DAPAT BAJU BARU

Terima kasih kepada Kak Siti dan Wawa kerana bagi Hawa baju baru semalam, SODA pulak tu. Gaji ibu dia pun tak mampu nak beli baju ni. Terima kasih banyak. Sepatutnya sayalah yang kena bagi hadiah.

Malam tu jugak Hawa pakai baju tu terus pergi pasar malam. Esok2 kalau Wawa salah beli lagi tak usah risau Hawa ada.

KAK SITI GHANI DAN ABG. MOKHTAR PERGI UMRAH

Esok (14.4.2010), Kak Siti Ghani dan Abang Mokhtar akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadah Umrah. Jadi pada hari ini, kami kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan (wanita sahaja) mengambil kesempatan untuk menziarahi Kak Siti dan Abg. Mokhtar sebelum pemergian mereka ke Tanah Suci.
Pertemuan ini merupakan pertemuan yang pertama kali antara Kak Siti dan Kakitangan Bahagian Perjawatan dan Pengambilan semenjak Kak Siti mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama 3 bulan bermula Februari 2010.

Lama tak jumpa


Perkara biasa apabila bertandang ke rumah orang....tengok album gambar.

Sempat juga Kak Siti menyediakan makanan tengahari untuk kami yang sememangnya tengah lapar.

Farah yang sememangnya rajin ke dapur. Dialah yang tolong Kak Siti dan Kak Inem membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga hingga bersih dan berkilat. Dia jugalah yang membasuh mangkuk Lisa Estrada yang sibuk ambil gambar.

Kepada Kak Siti dan Abang Mokhtar kami doakan semoga selamat dalam melakukan ibadah, selamat pergi dan balik dan semoga sihat sewaktu melakukan umrah. Kalau tidak menyusahkan, Kak Siti ingatlah akan kiriman doa2 kami.

Nak minta Kak Siti Doakan supaya anak2 saya iaitu :
1. Muhammad Hazim bin Razman
2. Nuraina Hanani binti Razman
3. Ainil Hawa binti Razman
agar terang hatinya supaya mudah dalam menerima pelajaran dan jadi anak2 yang berguna di dunia dan akhirat, jika kak siti ada kelapangan.

Sunday, April 11, 2010

DARI SAUJANA UTAMA KE KG. BUKIT KAPAR

Inilah dia rupa yang terkini pokok pisang raja pemberian Kak Siti Ghani dan Encik Mokhtar Sausi dari Saujana Utama, Sungai Buluh. Pokok pisang ni hidup subur di Kampung Bukit Kapar. Anak pokok pun dah banyak keluar.

Lepas ni kitaorang nak jadi saudagar pisang raja. Bila pokok ni dah berbuah Kak Siti dan keluarga merupakan orang yang pertama yang akan saya jemput untuk merasa.


Tuesday, April 6, 2010

LUKISAN PERTAMA AINIL HAWA

Ainil Hawa binti Razman telah berusia 3 tahun pada 25 Februari 2010 yang lalu dan dia telah menerima hadiah berupa 'white board' yang baru dibeli malam tadi. Dengan penuh semangat Hawa terus melukis tanpa menghiraukan makan dan minum.


Selalunya Hawa sibuk duk mengacau abang dan kakak buat 'homework' tapi pada malam tadi dia langsung tak toleh abang dan kakak disebabkan sibuk melukis.

Inilah dia lukisan pertama Ainil Hawa. Gambar ayah...

Thursday, April 1, 2010

CC RAZAK KENA KELUAR KANDANG...

Peristiwa keluar /mengeluarkan orang di Bahagian Perjawatan dan Pengambilan semakin hangat sekarang ni. Peristiwa terbaru ialah CC Razak kena keluar dari kandangnya. Walaupun CC tidak kena sepak dari Bahagian ini seperti saya tetapi dia terpaksa keluar dari kandang yang diduduki sejak sekian lama. Tempat beliau akan diduduki oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir dari Unit Modal Insan mulai 5.4.2010. Diharapkan CC bersabar akan ujian dan dugaan dari Allah. Walaupun CC nampak gembira tetapi percayalah..saya tahu perasaan CC yang sebenarnya..

Siapakah lagi selepas ini yang akan menerima nasib yang sama?
Kita tunggu sahaja kesudahannya.

Kelihatan rakan-rakan seperjuangan CC sedang mengemaskan kandang baru CC yang terletak di hujung tanjung. Tidak kira tua/muda/miskin dan kaya, semuanya bersatu padu membantu. Ok juga tempat ni CC, senang nak balik..

Kandang baru CC yang hampir siap.


Tapak peninggalan CC sejak 2007 - 2010.

Peristiwa di atas boleh diumpamakan sebagai OPS Nyah orang lama perjawatan. Sepatutnya mereka ini dihormati dan dijadikan sebagai rujukan kepada orang baru disebabkan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Begitulah nasib orang-orang lama di Bahagian ini. Giliran saya bakal menanti awal Mei nanti dan saya pasti ada orang yang gembiranya dengan terkeluarnya generasi terakhir ini.