Tuesday, February 16, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KAK DIAH

Korang gi mana masa cuti Tahun Baru Cina ni?. Pergi tak masa kenduri kahwin rumah Kak Diah kat Pusat Komuniti Lembah Pantai?. Kami lambat sampai sebab tersesat kat kawasan tu..Maklumlah kawasan rumah orang kaya-kaya. Siap menung kat tepi jalan lagi tu. Kad jemputan tak bawa pulak tu. Tengah sedang asyik termenung tu tiba-tiba motor polis pun lalu..kami pun ikutlah sebab dah agak dah dalam kereta tu mesti Tun Mahathir. Dia kan sedara Kak Diah. Akhirnya sampailah kat tempat yang dituju.


Pakai ikut tema pengantin

Shidah : 'Akak dah makan ke?.'
Kak Mawar : 'Dah semua akak dah makan. Akak makan ayam masak kicap, pecal, sirap bandung, karipap semua akak dah makan'.
Shidah : 'Banyaknya akak makan...'

Ramai jugalah jumpa dengan kawan-kawan DBKL. Yang dah bersara pun ada, yang tengah bercuti 3 bulan pun ada..Meriah..meriah.

Kak CT sekeluarga

Tun Mamat dan To' puan Shidah

Ni hah Tun Razak pun ada

Ni salah satu makanan yang ada, nasi minyak. Ada banyak lagi sebenarnya, kuih-muih, pecal, dendeng,..banyak lagilah.

Nak bergambar dengan pengantin malu. Dapat gambar dengan bunga manggar pun jadilah.

Kepada Kak Diah selamat menerima menantu..
Tak lama lagi timang cucu pula..
Kepada Nazri dan Shimah Selamat Pengantin Baru

No comments:

Post a Comment