Thursday, February 18, 2010

LIPOMA.

Banyak sebenarnya yang saya nak cerita bila dah lama tak update blog ni dan salah satunya ialah tentang operation lipoma yang berada di bahu yang saya jalani pada 19.1.2010 yang lalu. Sebelum buat operation tu saya telah jalani pemeriksaan di Hospital PUSRAWI pada 15.1.2010 dengan dr. Syed Anees Ahamed dan atas nasihatnya saya telah pilih tarikh 19/1.2010 untuk menjalani pembedahan tersebut.

Pada pagi tu dengan berat hati saya melangkah ke Hospital bersama suami tapi dia hanya temankan sekejap je sebab terpaksa megambil anak dari sekolah dan hantar ke sekolah agama selepas itu. Saya pergi ke bilik OT seorang diri.


Daripada pembedahan tu Dr. telah keluarkan lemak seberat 37 g dan berukuran 70x55x22 mm dan telah dihantar ke makmal. Report makmal telah dikeluarkan seminggu selepas itu dan Dr. kata ia bukan kanser. Lega sikit. Selepas operation tu saya terpaksa pergi ke hospital untuk keluarkan cecair seminggu sekali selama 3 minggu. Melayang la jugak RM masa tu. Nasib baik boleh claim insuran.

Sekarang ni dah ok, boleh menoleh seperti biasa dan tak sakit lagi.
Terima kasih kepada Dr. Syed Anees Ahamed yang bagi saya mc seminggu dan nurse yang jaga saya semasa di hospital. Terima kasih juga kepada mak yang tolong jaga Hawa semasa menjalani pembedahan tersebut.

No comments:

Post a Comment