Thursday, February 18, 2010

LIPOMA.

Banyak sebenarnya yang saya nak cerita bila dah lama tak update blog ni dan salah satunya ialah tentang operation lipoma yang berada di bahu yang saya jalani pada 19.1.2010 yang lalu. Sebelum buat operation tu saya telah jalani pemeriksaan di Hospital PUSRAWI pada 15.1.2010 dengan dr. Syed Anees Ahamed dan atas nasihatnya saya telah pilih tarikh 19/1.2010 untuk menjalani pembedahan tersebut.

Pada pagi tu dengan berat hati saya melangkah ke Hospital bersama suami tapi dia hanya temankan sekejap je sebab terpaksa megambil anak dari sekolah dan hantar ke sekolah agama selepas itu. Saya pergi ke bilik OT seorang diri.


Daripada pembedahan tu Dr. telah keluarkan lemak seberat 37 g dan berukuran 70x55x22 mm dan telah dihantar ke makmal. Report makmal telah dikeluarkan seminggu selepas itu dan Dr. kata ia bukan kanser. Lega sikit. Selepas operation tu saya terpaksa pergi ke hospital untuk keluarkan cecair seminggu sekali selama 3 minggu. Melayang la jugak RM masa tu. Nasib baik boleh claim insuran.

Sekarang ni dah ok, boleh menoleh seperti biasa dan tak sakit lagi.
Terima kasih kepada Dr. Syed Anees Ahamed yang bagi saya mc seminggu dan nurse yang jaga saya semasa di hospital. Terima kasih juga kepada mak yang tolong jaga Hawa semasa menjalani pembedahan tersebut.

Wednesday, February 17, 2010

HOBI BARU

Sejak duk rumah kampung ni saya suka pulak tanam pokok bunga. Dah banyak dah bunga yang di tanam dan telah pun berbunga. Masa duk kat Rawang hari tu langsung tak minat. Rumah kat rawang tu langsung tak berseri. Bila balik je dari kerja saya mesti siram pokok bunga dulu.


Pokok bunga ros sahaja ada 4 pasu semuanya. Semuanya dah berbunga.


Ni pulak saya tak tau apa nama dia. Benih pokok ni saya ambil dari Kuala Pilah. Masa ambil dulu kecik je. Tapi selepas 3 bulan dah jadi macam ni. Waktu pagi bunga ni kembanglah.


Bunga ni saya pun tak tau nama dia apa. Saya ambil dari rumah kakak ipar kat Seremban. Macam-macam kaler ada.

Pokok tutup bumi ni yang paling saya suka. Ambil masa 4 bulan nak jadi macam ni. Bila pagi je dia pun berbunga terasa macam kat KOREA je rasanya. Masa tanam dulu cuma 3 pokok je, sekarang ni dah jadi macam permaidani dah. Kalau nak tengok bunga dia kembang antara pukul 7.00 pagi hingga 1.00 tangahari. Lepas tu dia akan layu hinggalah esok pagi. Kalau sesiapa yang rabun digalakkan tengok bunga ni.

Pokok renek yang telah berbunga. Lama jugalah nak tunggu bunga ni besar dan berbunga.

Bila tengok bunga yang kita sendiri tanam dah mengeluarkan hasil kita pun lebih bersemangat lagi nak tanam pokok bunga.
Rumahku Syurgaku

Tuesday, February 16, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KAK DIAH

Korang gi mana masa cuti Tahun Baru Cina ni?. Pergi tak masa kenduri kahwin rumah Kak Diah kat Pusat Komuniti Lembah Pantai?. Kami lambat sampai sebab tersesat kat kawasan tu..Maklumlah kawasan rumah orang kaya-kaya. Siap menung kat tepi jalan lagi tu. Kad jemputan tak bawa pulak tu. Tengah sedang asyik termenung tu tiba-tiba motor polis pun lalu..kami pun ikutlah sebab dah agak dah dalam kereta tu mesti Tun Mahathir. Dia kan sedara Kak Diah. Akhirnya sampailah kat tempat yang dituju.


Pakai ikut tema pengantin

Shidah : 'Akak dah makan ke?.'
Kak Mawar : 'Dah semua akak dah makan. Akak makan ayam masak kicap, pecal, sirap bandung, karipap semua akak dah makan'.
Shidah : 'Banyaknya akak makan...'

Ramai jugalah jumpa dengan kawan-kawan DBKL. Yang dah bersara pun ada, yang tengah bercuti 3 bulan pun ada..Meriah..meriah.

Kak CT sekeluarga

Tun Mamat dan To' puan Shidah

Ni hah Tun Razak pun ada

Ni salah satu makanan yang ada, nasi minyak. Ada banyak lagi sebenarnya, kuih-muih, pecal, dendeng,..banyak lagilah.

Nak bergambar dengan pengantin malu. Dapat gambar dengan bunga manggar pun jadilah.

Kepada Kak Diah selamat menerima menantu..
Tak lama lagi timang cucu pula..
Kepada Nazri dan Shimah Selamat Pengantin Baru

Thursday, February 11, 2010

TAHUN BARU CINA


Sabtu ni dah mula cuti Tahun Baru Cina. Budak-budak sekolah cuti mula sabtu sampailah selasa. Kalau nak gi kerja jalan kat KL ni mesti clear habislah. Sempena cuti ni kami masih tak de lagi perancangan nak pergi mana. Hazim sibuk nak balik Kuala Pilah. Tapi rasanya tak gi mana kot..duduk rumah kemas, masak, makan, tengok tv dan lain-lain lagilah.


Sempena Tahun Baru Cina ni mari kita tengok fakta yang menarik tentang perayaan ini.
Kalau tuan/puan nak tau pada tahun baru cina ni masyarakat cina memerlukan sebanyak 600,000 peti limau mandarin untuk menyambut tahun baru cina. Ini bermakna mereka membelanjakan sebanyak RM12 juta untuk membeli limau saja. Sebabnya saya kurang arif. Banyak vitamin c kot?

Any religions, New Year is always celebrated by all Malaysian whether it is Hari Raya, Deepavali or Chinese New Year. Its all celebrated collatively by all. Let's all hope and wishes that such act of Malaysianism will continue on as for as long as our Malaysian country exist.

Kalaulah Chow Yuen Fatt, Tony Leung, Hannah Tan, Aaron Kwok, Jet Li, Jacky Chan baca blog ni, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga gembira selalu.

Kepada yang beragama Islam saya ucapkan selamat bercuti, jag keselamatan dan kesihatan.

Jumpa lagi.


BOYS OVER FLOWER

Cerita Korea yang paling best dah habis kat TV8. Tak puas hati lagi tu...tengok pulak CD sampai dua tiga kali..sampai hafallah jalan cerita dia. Rasanyalah yang paling best selepas era winter sonata (Bae Yong Jun/Choi Ji Woo).

Cuma yang sikit tak puas hati kenapa Jan Di mesti berpasangan dengan Jun Pyo (Lee Min Ho) bukannya dengan Ji Hoo Sunbae (Kim Hyun Joong). Rasanya Ji Hoo lebih menonjol dari Jun Pyo. Bila Jan Di ada masalah mesti Ji Hoo datang jadi penyelamat 911 la katakan. Bila Jan Di sakit Ji Hoo jaga, kalau Ji Hoo sakit Jan Di jaga.... tapi nak buat macam manakan..kang lari pulak dengan cerita asal Hana Yori Dango.

Bagi saya Jun Pyo tu kasar tak reti nak ambik hati perempuan...lagipun mak dia tak suka..tak masuk syurga bila tak ikut cakap mak. Lagi satu Jun Pyo ni takut dengan lebah, ular dan lipas. Ade ke hero takut kat itu semua?. Berbeza dengan dengan Ji Hoo, dia adalah seorang anak yatim piatu..tak banyak cakap..tapi pandangan/jelingan mata dia dah cukup untuk mencairkan hati wanita. Siap potongkan makanan untuk Jan Di pulak tu.


Tapi Pelikkan, masih sekolah tapi boleh pulak pergi berjalan-jalan, naik kereta mewah-mewah. Cuma Ji Hoo sorang sahaja yang pakai motor. Ada lesen ke diaorang?... Boleh pulak buli orang..cikgu diaorang tak marah ke?. Dah tu tak pernah nampak diaorang buat kerja rumah. Boleh pakai make-up. Pakai kasut dan stokin lain-lain kaler. Seorang cikgu pun tak nampak. Tak masuk akal langsung. Tapi tak kisahlah asalkan hero hensem2.


F4 Korea

Geum Jan di dengan Ji Hoo Sunbae masa diorang pergi Macau.

Kenapa saya suka cerita ni?.
Sebab, cerita ni pandai mainkan emosi orang. Bila Jandi Sedih, saya sedih. Bila Jan Di Gelak, saya gelak. Bila Ji Hoo sakit, saya pun sakit. Bila Ji Hoo dan Jan Di Happy, saya pun happy. Lepas ni nak tengok Boys Over Flower versi Jepun Pulak (Hana Yori Dango). Yang ni katanya lagi best dan kejam...
chaiyok..chayok..

Dalam banyak-banyak watak tu watak yang paling kesian ialah Woo Bin Sunbae. Langsung pengarah lupakan dia. Tak banyak tau asal usul dia sapa gilrfriend dia. Watak dia macam tangkap muat/cukup syarat je. Tapi Woo Bin Sunbae digambarkan sebagai seorang yang menjaga sahabatnya. Yelah diakan anak mafia korea. Semua F4 member ada cerita masing-masing kecuali Woo Bin Sunbae..kesian.

Agaknya bila Pengarah filem Malaysia nak buat filem ni versi melayu, siapakah pada pandangan anda yang layak untuk memegang watak Gu Jun Pyo, Yoon Ji Hoon, So Yi Jung, Song Woo Bin dan Geum Jan Di?

Kalaulah saya jadi Pengarah, saya akan pilih barisan pelakon seperti berikut :

Gu Jun Pyo - Fahrin Ahmad
Yoon Ji Hoon - Asyraf Muslim
So Yi Jung - Awal Ashaari
Song Woo Bin - Iqram Dinzly/Shamsul (anak yusof haslam)
Geum Jan Di - Heliza (Akademi Fantasia)

Jumpa lagi...

Wednesday, February 10, 2010

SELAMAT BERTEMU KEMBALI !

Setelah sekian lama akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba. Mulai esok akan tercatatlah sejarah kembalinya seorang blogger masa hadapan yang terus akan menceriakan hari-hari yang mendatang. (Itupun kalau broadband saya berfungsi dengan sempurna esok).


Dengan berbekalkan modal RM 100.00, akhirnya saya dapat memiliki broadband yang diidamkan. Kepada semua peminat nantikan kehadiran ku esok..