Tuesday, July 28, 2009

MASJID AS-SAHABAH - BOSNIA

Setelah seminggu demam Manchester United, hari ini kita tinggalkan sekejap kisah itu untuk kita mengikuti perkembangan tentang pembinaan masjid di Perkampungan Kovacevici, Nemila, Zenica, Bosnia & Herzegovina yang diusahakan oleh Y. Bhg. Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Sebenarnya kutipan derma untuk pembinaan masjid ini telah dimulakan kalau tak silap saya sejak bulan Julai 2008 lagi dan ia masih lagi berjalan hingga ke hari ini. Saya telah mengikuti perkembangan pembinaan masjid ini sejak dari awal hingga sekarang dan jika ada sesiapa yang telah menderma dan ingin melihat perkembangannya sila lawati blog Ustaz Wan Sohor Bani Leman di alamat seperti berikut, http://dermamasjid.blogspot.com. Ini adalah gambar terkini Masjid tersebut.






Kepada sesiapa yang ingin menderma sila lawati blog ustaz untuk mendapatkan no. akaun. Sekian, Terima kasih.


No comments:

Post a Comment