Tuesday, July 21, 2009

MANUSIA MEMPERDAYA IBLIS

Hari ini anak-anak sekalian, ibu akan cerita mengenai iblis. Selalunya kita tahu hanya iblis sahaja yang memperdaya manusia. Begini kisahnya.

Al-kisahnya apabila sahabat nabi telah menyuarakan kemahuannya untuk menjadi iblis. Dan iblis begitu gembira mendengarkan berita tersebut sebab akan bertambah lagi mangsanya. Maka bermulalah perbualan mereka.

Sahabat Nabi - Wahai syaitan, aku ingin menjadi seperti kamu!

Syaitan - Kenapa kamu berkata begitu? Adakah kamu bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti aku?

Sahabat Nabi - Ya, aku berkata benar dari dalam hati ku. Jadi aku ingin tahu bagaimana aku boleh jadi seperti kamu?

Syaitan - Caranya senang sahaja, kamu lengah-lengahkan solatmu dan kamu menyatakan sumpah terhadap sesuatu perkara yang benar ataupun tidak.

Sahabat Nabi - Wahai syaitan, sesungguhnya aku hanya ingin mengetahui bagaimana kamu menjerumuskan umat manusia ke arah jalan kemungkaran. Tidak terlintas di fikiranku untuk aku mengikuti jejak laknat mu.

Syaitan - Sungguh bijak kamu wahai manusia. Inilah kali pertama aku diperdaya oleh manusia.

Dari kejadian tersebut syaitan sudah tidak mahu menyampaikan ajarannya dan memberi nasihat kepada manusia. Cukup sekadar untuk menyesatkan atau memesongkan orang itu.
Apa yang berlaku adalah permintaan seorang manusia untuk mempunyai kebolehan seperti syaitan yang bertujuan untuk membetulkan akidah yang telah dipesongkan oleh syaitan itu sendiri.

Itu sahajalah cerita ibu pada kali ini. Cepat sambung kerja balik...


No comments:

Post a Comment