Sunday, December 6, 2009

TERKENANG MASA LALU...

Tiba-tiba je sewaktu bersendirian sambil belek gambar-gambar lama, saya terkenang mak angkat yang berada di Nagano, Jepun. Sihat lagi ke dia agaknya. Dia tu selalu buatkan mee soba. Masa rehat je dia dah tunggu kat kedai dengan mee sobanya. Waktu di Nagano tu memang happy gila tak de masalah langsung..nak jalan, nak tido, shopping semua boleh..tak de sapa yang larang..

Nilah rupa makcik kantin tu. Hari-hari makan soba makcik kantin rupa pun dah macam makcik kantin. Yang sedang makan tu zul...

Kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Semoga sihat sentiasa. Dari kiri tu Zul, kak ida, mizi, kumar dan ana. Yang paling comel tu saya lah..

Yang barisan belakang tu yang saya paling ingat ialah Nakaidaira (3 dari kiri) dan Yamamoto (1 dari kanan) yang lain tu tak ingat. Sorry ye..

Sempat juga melawat Tokyo Disneyland.

Ni pulak Kobayashi. Kawan paling best dari Shimosuwa. Lupalah pulak apa nama tempat ni.

Gambar ni masa kitaorang pergi melawat ladang epal. Yang baju putih possing pegang epal macam makcik snow white tu TJ (Tengku Jalil). Yang tepi sekali belah kiri tu Tee Kok Bee (QC girl).

Ni masa saya dan kak ida lepak kat Bell Shine Shopping Komplek. Hari-hari pegi Bell Shine, balik kerja terus pergi sana. Bukan beli apa pun saja jalan-jalan.

Bilalah nak jumpa kawan-kawan lama ni. Dah dekat 12 tahun tak jumpa. Harap2 masih ingat lagi..Tetiba rasa syahdu pulak...

Nota : Sentiasa terkenang kisah suka duka, menyayat hati, terguris hati, patah hati antara kita semua. Semoga jumpa lagi.

Monday, November 30, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

HAri Raya Aidil Adha tahun ni juga merupakan tahun pertama kami sambut di rumah sendiri. Tahun pertama juga saya masak sendiri. Selalunya saya tolong je...tolong makan sebab pagi raya baru balik. Disebabkan terlalu teruja nak raya saya ambil EL pada hari Khamis. Saya paksa razman ambil EL juga...yelah sapa nak hantar saya ke TESCO kalau razman tak cuti kan...

Bermula pada pagi Khamis tu kami pun buat persiapan seperti buat ketupat, kopek kulit kerang, siapkan bahan2 untuk buat rendang, kupas bawang dan sebagainya. Tahun ni juga saya arahkan mak supaya rehat je jangan buat apa2....dah penat orang tua tu masak tiap tahun.


Daun kelapa yang telah bapak beli untuk raya ni..taklah banyak sangat cukup untuk satu keluarga dan bagi jiran2 sikit. Selain ketupat bapak juga buat lontong untuk hidangan pagi raya.


Seperti biasa anak dara saya yang memang ringan tulang nak membantu.


Ni baru sikit..

Yang buat kerja ni razman..saya tak sanggup nak buat, sakit pinggang dan gatal2 tangan dibuatnya.

Saya mula masak rendang pada pukul 3.00 petang dan siap pada pukul 9.00 malam. Inilah makanan yang dapat saya sediakan pada hari raya nih..


Sambal kerang yang hampir nak masak. Kebiasaannya sambal ni dimakan dengan sayur lodeh dan lontong. Hidangan ni wajib ada samada raya aidilfitri ataupun raya aidil adha.


Rendang yang belum kering


Walaupun rupa rendang ni tak best tapi rasanya ok juga..


Ni la sayur lodeh yang akan dimakan dengan sambal kerang dan lontong. Tapi kuning sangat lah pulak.

Ayam masak kicap atau nama glamernya ayam semur.

Selepas sembahyang raya kami pun berkemas nak balik Kuala Pilah. Kami bertolak pada pukul 11.00 dan sampai di Kuala Pilah pada pukul 2.30 petang. Kami tak ikut Bukit Putus lagi dah sebab jalan baru dah boleh pakai..so lepas ni keraplah razman ajak balik kuala pilah..


Dengan adanya jalan baru ni kami tak lah mabuk laut lagi..hanya 4 minit lebih sikit untuk sampai ke ulu bendul.

Selamat tinggallah bukit putus..walaupun tak lalu kat situ lagi tapi kami sentiasa memerhatikan mu.

Kami berada di Kuala Pilah selama 3 hari mulai jumaat dan balik pada hari ahad.
Itulah cerita Hari Raya kami. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kenalan/kawan2 dsbg. semoga jumpa lagi dimasa akan datang.

Thursday, November 19, 2009

HAZIM BERJAYA!!!!

Pada hari Jumaat yang lepas saya dan Razman dijemput untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena meraikan anak2 cemerlang di sekolah kebangsaan sultan hishamuddin alam shah kuala lumpur.
Hati ibu mana yang tak bangga bila tengok anak sendiri terima hadiah bukannya tempat kedua dan ketiga.. tapi tempat pertama. Selama ni kami dengar sahaja anak orang lain berjaya. Bila masa exam saja hazim selalu dapat nombor corot..masa tahun 2 hazim dapat nombor 28 daripada 28 orang murid..sebulan jugalah saya ambil masa untuk tenangkan diri..Dari kelas pertama Hazim turun kelas ketiga..sedihnya tak dapat diluahkan dengan kata-kata.
Bila masuk tahun 3 saja banyak benda saya korbankan termasuklah potong line ASTRO, untuk mengelakkan anak2 leka dan malas belajar. Saya terpaksalah lupakan EPL buat sementara waktu. Tinggalkan sekejap Michael Owen dan Kelab Manchester United, tak tengok macam-macam aznil dan sebagainya. Bila sampai office dengar je kawan-kawan cerita.
Tapi pengorbanan kami berbaloi juga. Bila tengok anak berjaya. Masa mula-mula Hazim tunjukkan result kat ayahnya, Razman antara percaya tak percaya je..buat muka blurr (bukan apa, sebab dia dah janji dengan Hazim nak belikan game bila dapat nombor 1..).
Apapun tahniah Hazim, semoga tahun 4 nanti lebih cemerlang. Tahun 4 nanti hazim kembali ke kelas pertama..Terima kasih kepada semua guru di SKSHAS Kuala Lumpur.

Monday, October 19, 2009

BERAYA DI RUMAH ESTRADA

Hari Ahad lepas, geng Perjawatan dan Pengambilan telah datang ke rumah kami untuk berziarah sempena syawal ni. Terima kasih kerana sudi hadir walaupun menghadapi kesukaran untuk mencari lokasi rumah. Mujurlah ada Abang Mokhtar (suami Kak CT) yang menjadi GPS bidan terjun..


Menyambut ketibaan Kak Mawar yang baru sampai.
Kak Mawar pegagg perut sebab dah kenyang makan ayam golek kat umah pengantin..
Sempat merakamkan detik-detik bersejarah ni..


Walaupun keletihan namun mereka tetap ceria. Kesian baby aina anak reza ni jadi gulai kat budak2 ni..


Pertemuan Hawa dan Aina

Sultan MANSOR SHAH pun ada..terima kasih kerana sudi hadir.


Ita yang merenung makanan sebab tak tau nak makan apa.


Pasangan suami isteri yang romantik sedang mengambil angin segar..
Abang Mokhtar keletihan sebab terpaksa menjadi GPS bidan terjun..
Agaknya mereka tengah berbincang tentang persiapan kenduri kahwin pada januari nanti..
Kalau susah nak carik penaggah jangan risau..budak2 ni ada. Mereka sedia membantu.

Sempat lagi promosi kuih raya...Jika ada sapa2 nak tempah biskut tart untuk aidiladha nanti bolehlah tempah. Kalau nak tau rasanya tanyalah budak2 ni..
Biskut tart estrada terkenal di seluruh Kuala Pilah.


Mat Siong dan family pun ada.
Mat siong tengah tahan nafas..Cover..cover


Ratu Cantik Bahagian Perjawatan melawat dapur yang tengah bersepah.


Nasib baiklah diaorang bergambar kat sini..
Ita seperti biasa..tangan tetap di perut..under cover


Apa kerja budak berdua ni? Ooo Som...Shidah dulu masuk toilet...


Cik Pelangi yang keseorangan tiada berteman..
Menunggu Torres yang tak kunjung datang..
Tetapi jangan risau sinar pasti akan menjelang...


Bergambar di atas tilam busuk Hawa yang bertahun tak basuh..
Sebenarnya ramai yang datang seperti CC Razak dan Family, Encik Herman dan Family, Encik Sugihijau dan Family, Encik Kamaruddin dan Family, Puan Jamilah & suami. Tapi tak sempat nak ambil gambar...


Bergambar kenangan sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

Razman Malek & Lely aka Michael Owen @ Estrada
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumah buruk kami. Jika ada kekurangan dari segi layanan kami mohon ampun dan maaf. Jika ada kelapangan masa jemputlah datang ke rumah kami lagi. Sehingga berjumpa lagi tahun hadapan. Assalamualaikum.




Sunday, October 18, 2009

BERHARI RAYA DI BAHAGIAN PERKHIDMATAN, JPSM

Raya, raya dan raya. Tak habis-habis kami beraya. Selagi tak habis Syawal ni...Hari ini kami menerima undangan dari Bahagian Perkhidmatan, JPSM. Pukul 12.00 kami pun berangkat ke Liverpool....


Wajah-wajah ceria dan begitu teruja sekali sebab nak beraya kat rumah Torres kat Liverpool. Tapi lepas tu diaorang kecewa sebab Torres tak de...
Hai Torres malu ke?

Ketibaan kami disambut oleh bapa pengantin..
Garang juga bapak pengantin ni..."hah, masuk, masuk,masuk..."

Dah mula dah...


Siti Zaharah yang semakin pandai beraksi di hadapan kamera hasil tunjuk ajar Cik Pelangi. Si Ita tu jangan cakaplah, semulajadi...


Tak lepaskan peluang bergambar dengan Rosyam Nor lagi..
Jom kita kongsi kemeriahan majlis ni..


Saya pun dah pandai bergambar hasil tunjuk ajar si Pelangi nih..


"Apa kerja bini kau tu asyik ambik gambar je.." kata pembantu jurufoto Encik Torres. "Dia memang macam tu sejak pandai ber blog ni..kau biar jelah.." Kata Razman Malek aka Michael Owen.
Semasa ketiadaan Torres dialah yang tukang ambik gambar.


Mummy Ros jangan banyak makan sejuk-sejuk ni..nanti anak selsema..


Kesian Mak Pengantin makan sorang-sorang.


"Hah balik, balik, balik...khemah nak bukak nih.." kata bapak pengantin.


Dah berisi si Zura ni...tapi lawa.

"Apa lagi tunggu ni..." kata Encik Anuar
"Kejap la..nak bungkus kuih kosui Kak Hasnah ni" kata Lely.
Garang pulak pembantu Bapak pengantin nih...

Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih atas jemputan dan layanan yang telah diberikan. Semoga ada jemputan lagi di tahun hadapan..Assalamualaikum.