Wednesday, August 4, 2010

KUCING CIK ENDE YANG PANDAI BERGAYA

Tak sangka kucing kurap kampung ni pandai bergaya. Walaupun tak sehebat kucing parsi jiran sebelah rumah kitaorang, kucing ni memang berbakat jadi model. Kucing parsi jiran sebelah rumah kitaorang cuma pandai tido dan makan je. Mandi pun tuannya mandikan. Berbeza dengan kucing kitaorang ni, dia mandi sendiri dan pandai panjat pokok.



Kalaulah tokey Nokia nampak kucing Cik Ende ni sure dia ambil kucing ni jadi model seumur hidup. Kayalah Cik Ende. Bolehlah tukar kereta.

PISANG RAJA DAH BERBUAH...

Korang ingat tak saya pernah tulis mengenai pisang raja dari Saujana Utama tu. Sedar tak sedar sekarang ni pokok pisang tu dah pun berbuah.

Kak Siti kata buah ni akan masak dalam masa 3 bulan lagi. Lepas raya ni baru boleh goreng. Nanti Kak Siti bolehlah bagi resepi pisang goreng yang Kak Siti selalu buat tu ye..

RESEPI UNTUK KAK SITI

Kak Siti, ini resepi seperti yang dijanjikan. Semoga Hari Raya kali ini menjadi lebih meriah lagi dengan kuih buatan sendiri.
TART NENAS
250 g butter
2 biji kuning telur
60 g gula icing
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
1 tbs esen vanilla
Adunan ni memang lembut sikit, takyah tambah tepung. Selamat berpuasa dan selamat hari raya.

Thursday, July 29, 2010

KELAS MOTIVASI ANJURAN UITM, KUALA PILAH

Masa balik Kampung hari tu, kebetulan pelajar-pelajar Uitm, Cawangan Kuala Pilah mengadakan kelas motivasi untuk pelajar sekolah rendah di Balai Raya Kampung Beting Kuala Pilah yang berhantu itu. Bukannya setakat Ajim dan Ain je yang masuk, Hawa pun ikut sekali.




Terima kasih kepada semua kakak Uitm yang telah bertungkus lumus mengadakan kelas motivasi tersebut. Semoga ada lagi aktiviti yang seumpama ini dimasa akan datang.

SUKAN OLIMPIK KAMPUNG BUKIT KAPAR

Meriah sungguh Sukan Olimpik Kampung Bukit Kapar yang diadakan pada 17 Julai yang lalu. Walaupun tak menang sebarang acara, tetap berpuas hati.
Wakil dari Kampung Bukit Kapar, Encik Razman Malek sewaktu menyertai acara Lari Dalam Guni.
Wakil ini nampaknya tak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlumbaan yang berat sebelah.

Kumpulan sorak yang tak boleh harap.


Aina yang tewas dalam acara bawa bola pig pong dalam sudu. Terpaksa ditenteramkan oleh ayah.


Abang juga kalah.

Tak menang tak pe, tahun depan ada lagi.

Wednesday, June 16, 2010

KERJA BARU SAYA

Hari ni saya nak cerita mengenai kerja baru yang saya buat sekarang ni. Nama jabatan saya ialah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan. Saya telah diletakkan di Bahagian Penyelarasan Projek bawah bos yang amat baik sekali iaitu Encik Sulaiman bin Salleh.

Antara tugas yang saya lakukan ialah menyelaras projek-projek pembangunan yang dijalankan di Kuala Lumpur seperti Taman Kejiranan Ayer Panas di Setapak, Taman Botani di Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Pudu Ulu, Orchard Park di Jalan Bellamy dan sebagainya. Tiap-tiap hari saya meeting dan akan membuat lawatan tapak bersama pasukan pembangunan. So sekarang ni saya dah tau sikit tempat2 kat KL ni.

Ini ialah Pembangunan di Taman Kejiranan Ayer Panas Setapak, Kuala Lumpur. Banyak kemudahan yang terdapat di taman ni antaranya gelanggang futsal, padang bola (setaraf stadium di OLD TRAFFORD), gelanggang Basketball, taman permainan kanak2, jogging track, dan sebagainya.

Ini pula ialah Taman Botani di Taman Tasik Perdana. Sekarang taman ni tengah dalam proses untuk menanam pelbagai jenis pokok untuk menjadikan taman ini setaraf dengan Botanical Garden yang ada di Australia dan Bogor, Indonesia.

Agak seronok juga kerja kat sini. Tapi ada yang tak bestnya. Yang tak best ialah bila kena meeting kat site dan jumpa benda ni..

Part ni yang tak best.

Tuesday, June 15, 2010

PERCUTIAN YANG TAK BERAPA BEST..

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Dah lama saya tak update blog ni sebab saya sangalaht sibuk dengan kerja-kerja baru ni. Maklumlah dah bertukar ke Jabatan. Jaga projek juta-juta dah sekarang ni. Hari ni pun sebenarnya saya baru balik dari mesyuarat di Kementerian Kesihatan dan pada petang ni saya kena meeting pulak kat Jabatan Arkitek. Asyik meeting je kerjanya...

Dalam saya tak update ni adalah beberapa perkara penting yang berlaku antaranya ialah kemalangan yang berlaku kepada Ainil Hawa sewaktu bercuti ke Cameron Highland. Percutian yang pada mulanya menyeronokkan bertukar menjadi tak best disebabkan kemalangan itu..

Inilah saat-saat gembira Ainil Hawa sebelum kemalangan berlaku. Semua barang kat pasar tani nak dibelinya. Saat gembira sewaktu melawat Taman Mardi tidak berpanjangan apabila Ainil Hawa terjatuh kat tangga ladang Epal.

Ainil Hawa sewaktu di Bilik Rawatan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland, sedang tunggu untuk bius dan jahit di dahinya...

Ini rupa Ainil Hawa selepas prosedur tersebut. Nangis jangan cakaplah. Nasib baik emaknya tak nangis sekali. Selepas dari kejadian tersebut Ainil Hawa langsung tak berani nak turun naik tangga, sampailah sekarang. Main kat tepi longkang pun tak berani..takut bocor kepala katanya.