Wednesday, June 16, 2010

KERJA BARU SAYA

Hari ni saya nak cerita mengenai kerja baru yang saya buat sekarang ni. Nama jabatan saya ialah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan. Saya telah diletakkan di Bahagian Penyelarasan Projek bawah bos yang amat baik sekali iaitu Encik Sulaiman bin Salleh.

Antara tugas yang saya lakukan ialah menyelaras projek-projek pembangunan yang dijalankan di Kuala Lumpur seperti Taman Kejiranan Ayer Panas di Setapak, Taman Botani di Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Pudu Ulu, Orchard Park di Jalan Bellamy dan sebagainya. Tiap-tiap hari saya meeting dan akan membuat lawatan tapak bersama pasukan pembangunan. So sekarang ni saya dah tau sikit tempat2 kat KL ni.

Ini ialah Pembangunan di Taman Kejiranan Ayer Panas Setapak, Kuala Lumpur. Banyak kemudahan yang terdapat di taman ni antaranya gelanggang futsal, padang bola (setaraf stadium di OLD TRAFFORD), gelanggang Basketball, taman permainan kanak2, jogging track, dan sebagainya.

Ini pula ialah Taman Botani di Taman Tasik Perdana. Sekarang taman ni tengah dalam proses untuk menanam pelbagai jenis pokok untuk menjadikan taman ini setaraf dengan Botanical Garden yang ada di Australia dan Bogor, Indonesia.

Agak seronok juga kerja kat sini. Tapi ada yang tak bestnya. Yang tak best ialah bila kena meeting kat site dan jumpa benda ni..

Part ni yang tak best.

1 comment:

  1. wah.. rajin. Hati-hati, dengan 'good dog' tak apa lagi. Jangan jumpa German Shepherd sudah la..nanti dia kekoh!

    ReplyDelete