Tuesday, June 15, 2010

PERCUTIAN YANG TAK BERAPA BEST..

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Dah lama saya tak update blog ni sebab saya sangalaht sibuk dengan kerja-kerja baru ni. Maklumlah dah bertukar ke Jabatan. Jaga projek juta-juta dah sekarang ni. Hari ni pun sebenarnya saya baru balik dari mesyuarat di Kementerian Kesihatan dan pada petang ni saya kena meeting pulak kat Jabatan Arkitek. Asyik meeting je kerjanya...

Dalam saya tak update ni adalah beberapa perkara penting yang berlaku antaranya ialah kemalangan yang berlaku kepada Ainil Hawa sewaktu bercuti ke Cameron Highland. Percutian yang pada mulanya menyeronokkan bertukar menjadi tak best disebabkan kemalangan itu..

Inilah saat-saat gembira Ainil Hawa sebelum kemalangan berlaku. Semua barang kat pasar tani nak dibelinya. Saat gembira sewaktu melawat Taman Mardi tidak berpanjangan apabila Ainil Hawa terjatuh kat tangga ladang Epal.

Ainil Hawa sewaktu di Bilik Rawatan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland, sedang tunggu untuk bius dan jahit di dahinya...

Ini rupa Ainil Hawa selepas prosedur tersebut. Nangis jangan cakaplah. Nasib baik emaknya tak nangis sekali. Selepas dari kejadian tersebut Ainil Hawa langsung tak berani nak turun naik tangga, sampailah sekarang. Main kat tepi longkang pun tak berani..takut bocor kepala katanya.

No comments:

Post a Comment