Monday, March 15, 2010

SUKA DUKA JADI ANAK KEMBAR

Semua orang teruja bila dapat anak kembar. Ramai di kalangan ibu/bapa berdoa agar dikurniakan anak kembar. Mungkin mereka suka bila tengok serba-serbinya sama, muka sama, pakai baju sama. Tapi tahukan anda semua perasaan bila jadi anak kembar?
Saya adalah orang yang bertuah sebab dilahirkan kembar. Masa kecik memang best. Apa yang nak mesti dapat. Selalu dapat hadiah daripada orang kampung. Ramai orang datang rumah sebab nak tolong jaga kitaorang. Masa tu pulak kitaorang first kembar kat kampung dan hingga kini masih belum ada kembar lain yang lahir di kampung saya.


Nilah rupa saya dan my kembar masih kecik. Gambar ini diambil pada Mac 1975. Saya yang sebelah kanan yang botak sikit tu.

Bila besar je dah mula jadi tak best. Ini disebabkan adanya perasaan irihati/persaingan dalam semua bidang. Dulu masa sekolah saya gemuk sikit, jadi semua orang asyik bezakan..'yang mana adik'?..'yang gemuk tu adiklah'..boring dengar.

Ditakdirkan pulak tu kembar saya kawin dulu, ade ke patut sedara mara + orang kampung kata saya kurang laku..teruk betul...


Masa ni masih bersekolah di Sekolah Tinggi Klang dalam tingkatan 6 atas.

Masa exam lagi dasyat persaingannya. Belajar sampai malam sebab nak pastikan kita lebih baik daripada yang satu lagi. Nasib baiklah SPM resultnya hampir sama. Bergaduh tu jangan cakaplah..hari2 gaduh. Pasal cermin pun boleh gaduh.


Bila dah berusia ni dah lain sikit. Kini kitaorang jadi pasangan kembar yang paling baik. Anak2 saya jadi anak susuannya. Bila dia ada hal saya jaga anak2, begitulah kalau sebaliknya.

Itulah dia cerita anak kembar, ada manis ada pahit.

Sunday, March 14, 2010

ANAK PENOREH GETAH

Tak sangka betul Razman masih pandai dan ingat lagi macamana nak menoreh getah. Mula-mula susah jugalah dia nak habiskan satu pokok, bila dah masuk hari kedua baru ok. Pokok getah kat belakang rumah adalah lebih kurang 40 batang semuanya. Razman mula menoreh seawal 7.30 pagi dan habis pukul 10.30 pagi.

Sejak bila minat menoreh?
Sejak harga getah tinggi...

Ni getah lantun yang semalam punya, baru nak kutip.


Walaupun mak/ayah saya memang penoreh getah tapi saya tak pernah tengok macamana orang menoreh. Tak pernah masuk kebun pun. Pertama kali tengok.

Ini rumah saya bila dilihat dari kebun.

Tuesday, March 9, 2010

SENJA DI KUALA LUMPUR

Inilah pertama kali dalam sejarah selepas berumahtangga saya pulang lewat dari kerja. Tetapi lewat bukan disebabkan saya berjalan2 tetapi kerana Temuduga PT(P/O) yang berlanjutan sehingga pukul 8.00 malam. Nasib baiklah Razman a.k.a Owen tak marah.

Pada malam tulah saya dapat tahu rupanya di KL pada waktu malam sangat indah dan berwarna-warni.

Inilah rupa bangunan tempatku mencari rezeki. Waktu siang bangunan ni macam biasa je, bila malam je bangunan ni lah yang paling menyerlah berbanding dengan bangunan2 lain yang ada di sekitarnya. Magic macam ada kuasa MERLIN.


Lampu warna biru yang berjuntai2 di Jalan Raja Laut menyebabkan warna keadaan sekeliling bertukar warna biru seakan-akan kita berada di planet lain.


Nama je kerja kat Kuala Lumpur, tetapi saya tak pernah pun menjejakan kaki di KL Tower. Tahun ni dah masuk 13 tahun kerja kat DBKL. Yang saya tau perjalanan KL ke Klang.

Kepada sahabat2 Face Book diucapkan selamat menghadapi Temuduga Tetap, semoga tenang semasa temuduga dijalankan. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Sunday, March 7, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN AMAT DAN SHIDAH

Tahniah diucapkan kepada pasangan Ahmad Izhamuddin dan Rashidah Md Yusof pada Hari sabtu, 6/3/2009. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Tahniah Amat & Shidah




Shidah di samping ibu (tudung pink) dan bakal ibu mertua (tudung biru)

Emak dan abah Amat

Tahniah sekali lagi

HARI USAHAWAN SKSHAS KUALA LUMPUR

Hari Usahawan (Hari Kantin) SKHAS Kuala Lumpur telah diadakan pada 6/3/2009 mulai jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Kalau ikutkan jadual minggu ni, kami kena balik Kuala Pilah, tetapi kerana tak nak menghampakan anak2 sebab mereka dah beli banyak kupon untuk hari tersebut, kami pun pergilah kesekolah pada pagi tu dan balik Kuala Pilah selepas majlis berakhir. Pelbagai acara dijalankan seperti cabutan nombor bertuah, persembahan, makan2 dan sebagainya. Meriah jugalah..duit pun meriah juga..

Baru sampai je dah mintak belon....


Puas merengek akhirnya ayah pun tewas beli jugak akhirnya..RM5.00 tu.


Kupon banyak tapi satu pun tak sangkut


Antara murid yang paling tua beratur untuk mendapatkan belon free. 2 jam jugalah beratur.

Saat gembira Razman menerima belon setelah penat beratur.

Tuesday, March 2, 2010

SEGMEN NOVEL

Dah lama jugak tak layan novel ni. Semalam saya datang rumah kak siti di Saujana Utama untuk hantar surat berkenaan rumah peranginan DBKL. Kebetulan Kak Siti ada beli novel baru bertajuk Pergilah Air Mata karya Hanni Ramsul penulis buku best seller Biarlah YM Berbicara. Memang best cerita tu. Tak sia-sialah kak siti beli buku ni. Kita yang baca ni asyik keluar air mata je. Ni dia bukunya..

Kepada sahabat2ku yang kaki novel (Lyna dan Shidah) buku ni memang berbaloi jika dibeli.
Nama hero dia Badrol dan heroin dia Sabrina. Badrol ada 2 isteri iaitu Sabrina (isteri tua) dan Yana (isteri muda). (macam nama menantu kak siti je). Dalam cerita ni Badrol asyik dengan bini muda je dan kedua-dua bini tinggal serumah. Badrol kahwin dengan Sabrina sebab kena tangkap basah. Kalau nak tau cerita selanjutnya silalah beli. Disarankan supaya beli kat minerva sebab ada diskaun 20%.

Monday, March 1, 2010

AKTIVITI MINGGU INI

Minggu-minggu yang penuh dengan cuti. Lepas cuti Tahun Baru Cina muncul pula cuti Maulidur Rasul. Jadi sempena cuti Maulidur Rasul kami sekeluarga mengadakan beberapa aktiviti iaitu shopping kat TESCO dan menghadiri jemputan kahwin pada petangnya.

Kalau ikutkan dah lama kami tak pergi TESCO baramai-ramai.
Susah pergi dengan budak-budak ni. Semuanya nak beli. Jumpa bola dia nak bola, karang nampak basikal dia nak juga. Disebabkan takde orang nak jaga, kami bawak jugalah anak-anak.


Hawa baru lepas nangis sebab ibu tak belikan CD Upin-Ipin.

2 troli kitaorang beli barang dapur untuk sebulan. Habis shopping pukul 11.30 pagi, kami terus balik untuk bersiap sedia nak pergi kenduri kahwin kat kampung Bukit Kerayong.

Sampai je kat rumah orang kahwin pengantin pun sampai jugak..
Sempatlah tengok pengantin yang serba pink tu.

Dia ni tak kisah pengantin ade ke tak de makan tetap makan.

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA AINIL HAWA BINTI RAZMAN YANG KE-3 PADA 25/2/2010