Sunday, October 18, 2009

BERHARI RAYA DI BAHAGIAN PERKHIDMATAN, JPSM

Raya, raya dan raya. Tak habis-habis kami beraya. Selagi tak habis Syawal ni...Hari ini kami menerima undangan dari Bahagian Perkhidmatan, JPSM. Pukul 12.00 kami pun berangkat ke Liverpool....


Wajah-wajah ceria dan begitu teruja sekali sebab nak beraya kat rumah Torres kat Liverpool. Tapi lepas tu diaorang kecewa sebab Torres tak de...
Hai Torres malu ke?

Ketibaan kami disambut oleh bapa pengantin..
Garang juga bapak pengantin ni..."hah, masuk, masuk,masuk..."

Dah mula dah...


Siti Zaharah yang semakin pandai beraksi di hadapan kamera hasil tunjuk ajar Cik Pelangi. Si Ita tu jangan cakaplah, semulajadi...


Tak lepaskan peluang bergambar dengan Rosyam Nor lagi..
Jom kita kongsi kemeriahan majlis ni..


Saya pun dah pandai bergambar hasil tunjuk ajar si Pelangi nih..


"Apa kerja bini kau tu asyik ambik gambar je.." kata pembantu jurufoto Encik Torres. "Dia memang macam tu sejak pandai ber blog ni..kau biar jelah.." Kata Razman Malek aka Michael Owen.
Semasa ketiadaan Torres dialah yang tukang ambik gambar.


Mummy Ros jangan banyak makan sejuk-sejuk ni..nanti anak selsema..


Kesian Mak Pengantin makan sorang-sorang.


"Hah balik, balik, balik...khemah nak bukak nih.." kata bapak pengantin.


Dah berisi si Zura ni...tapi lawa.

"Apa lagi tunggu ni..." kata Encik Anuar
"Kejap la..nak bungkus kuih kosui Kak Hasnah ni" kata Lely.
Garang pulak pembantu Bapak pengantin nih...

Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih atas jemputan dan layanan yang telah diberikan. Semoga ada jemputan lagi di tahun hadapan..Assalamualaikum.



Thursday, October 15, 2009

BERAYA DI BHG KENAIKAN PANGKAT, JPSM

Hari ni pula giliran Bahagian Kenaikan Pangkat mengadakan jamuan raya. Jadi kami menetapkan pada hari ni semua kena pakai baju hijau. Tapi ada juga yang tak pakainya...Walaubagaimanapun majlis tadi tetap meriah...
Jom layan gambar2 ni..

Bergambar sambil menanti kak ct ke ladies..
Mummy Rosma dan Ita cun yang tak menepati tema. Rosma sebab mengandung dan Ita pula tak de baju warna hijau..


Macam rombongan pengantin. Ita pengantin, Kak ecah mak pengantin, shidah mak andam, lyna pengapit, siti zaharah bawak bunga manggar..

Rombongan Bahagian Pengambilan dan Perjawatan di kawal ketat oleh Rezza aka mat siong. Mak pengantin marah tu..

Seperti biasa diaorang ni memang tak pernah nak ikut peraturan..

Ketibaan kami disambut oleh bos kanaikan pangkat iaitu puan irdawati yang masih anggun walaupun lepas melahirkan anak yang kedua.

Sesi bermaaf-maafan. Tengok kak ecah tu siap peluk2 lagi dengan kak pah..ialah kami ni kan jiran lama..

Acara wajib..ambil gambar

Tengok tu pengawal kitaorang Reza aka mat siong tu...sampai 2 mangkuk roti dia ambik


Makan sorang-sorang pun tak kisah dia nih. Ya Allah tengok tu 2 mangkuk sekali.makan..

Makan dengan bos pulak, bodek bos ke?....dulu si mat siong ni masa baru masuk kerja kurus..tengok apa dah jadi sekarang..

Mengabdikan kenangan bersama rosyam nor...

Mummy Rosma makan yong tau fu...lepas tu dia ambil laksa pulak..

Encik Jamal yang keseorangan hingga tak lalu makan...mana yang lainnya?

Siti Zaharah aka Tulip dengan laksanya...

Encik Sugi sedang makan bersama anak2 dara.

Ita sok kalau jadi pengantin tak leh makan macam ni ye...yang sorang lagi tak pe dah kawin.

Terima kasih kepada Bahagian Kenaikan Pangkat kerana sudi menjemput kami.
Selamat Hari Raya.



Wednesday, October 14, 2009

PUASA SUNAT BULAN SYAWAL

Hari ni saya, kak mawar, siti zaharah dan lyna telah selamat menjalani puasa sunat di bulan syawal. Sempena sambutannya saya telah membuat biskut raya untuk kawan-kawan pada malam tadi. Cadang nak buat banyak jenis tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan, hanya kuih nilah yang sempat saya siapkan...


Biskut yang telah di deko untuk dimasukkan ke dalam oven.


Biskut yang sedang dibakar...

Dah siap dah...Mak aiii..dah pukul 1.30 pagi ni..esok nak kerja. Bila sampai je kat office tengok kawan-kawan pun bawak kuih raya juga..sedap-sedap. kak Mawar bawak Cheese Cake, Kak Ecah bawa 1 bekas kuih, pelangi bawa cornflakes dan macam-macam lagi...
Selamat Hari Raya untuk Kami semua.


Kuih coklat cornflakes ni Cik Pelangi yang buat. Sambutan luar biasa betul untuk kuih ni. Dah 2 kali pelangi bawak.

Kuih raya kitaorang

Nota : Haaa.. Torres kalau nak rasa kuih buatan cik pelangi datang lah sini...



Tuesday, October 13, 2009

Kebesaran Allah: 3 hari selepas gempa di Padang


09 Oct 2009 2:29PM
KEMARIN, 3 hari paska gempa, warga Padang, Sumatera Barat, mendadak menyaksikan 2 fenomena alam yang aneh. Segumpal awan bertuliskan Allah terlihat bertengger lama di atas puing-puing reruntuhan yang menimpa ribuan korban.

Selain awan, matahari berbentuk cincin yang dikelilingi pelangi juga ditemukan menghiasi langit kota yang baru diguncang gempa 7,6 SR tersebut.

Pantauan wartawan, matahari berbentuk cincin tersebut terjadi pada pukul 11.00 WIB. Warga yang sedang sibuk mencari jenazah kerabat mereka di RS M Djamil, Padang, sempat terkagum-kagum melihat fenomena tersebut. “Bagusnya, Masya Allah,” kata salah seorang warga.

Sejam kemudian, warga kembali melihat fenomena lain. Awan berbentuk tulisan Allah membentang di langit Padang yang cerah. Sontak hal ini membuat warga kembali terkagum. Di tengah kondisi sulit, mereka memperoleh tanda-tanda alam yang diharapkan menjadi berkah.

“Mudah-mudahan ini tanda kebesaran Allah dan gempa tidak akan terjadi lagi,” kata Endang, salah seorang warga Padang Timor.

Seiring itu, Uni Eropa (UE) menyampaikan bela sungkawa atas gempa 7,6 SR yang mengguncang Padang, Sumatera Barat. UE juga memberikan bantuan sebesar 3 juta euro atau setara dengan Rp 41 miliar untuk penanganan pascagempa.

Demikian dirilis The EU Heads of Mission. Ucapan bela sungkawa itu juga telah disampaikan ke Menteri Luar Negeri Hassan Wirajuda. Selain bantuan uang sebesar Rp 41 miliar, UE juga mengirimkan tim dari European Commission’s Humanitarian Aid Department (ECHO) ke Padang.

“Tim itu akan terus memantau situasi di wilayah gempa untuk melihat bantuan apa lagi yang diperlukan. Bantuan juga diberikan oleh negara-negara anggota UE secara individu,” lanjut rilis tersebut.

Tak hanya UE, negara asing lain juga menunjukkan keprihatinannya terhadap Padang. Bantuan banyak negara pun mulai berdatangan bagi Indonesia. Salah satunya dari Australia.

Pemerintah negara Kangguru itu akan mengirimkan tim SAR, bantuan dan tim kesehatan militer, serta tim penilai teknis langsung ke lokasi gempa. Tim SAR yang dikirimkan berjumlah 36 orang, ditambah dengan 20 orang tenaga medis dan insinyur Angkatan Pertahanan Australia. Demikian isi rilis dari Kedubes Australia.

Bantuan darurat dari Australia mencakup obat-obatan, selimut dan tenda. Namun, pemerintah Australia juga memberikan bantuan sebesar 250 ribu dolar Australia atau setara dengan Rp 2 miliar kepada LSM Muhammadiyah dan dana sebesar 100 ribu dolar Australia atau setara dengan Rp 838 juta telah diberikan kepada Palang Merah Indonesia untuk operasi tanggap darurat.

Sementara itu, Inggris juga berniat mengirimkan tim ahli pencari dan penyelamat korban bencana ke Indonesia untuk membantu proses pencarian korban gempa. Tim pemadam kebakaran dan staf dari badan penyelamat sebanyak 60 orang, dengan membawa peralatan penyelamat khusus, saat ini tengah menuju ke wilayah gempa.

“Ribuan masih terjebak dala reruntuhan, petugas pemadam Inggris dan petugas penyelamat akan membantu proses penyelamatan korban. Kami siap membantu pemerintah Indonesia,” kata Menteri Pembanguan Internasional Douglas Alexander, seperti dilansir AFP.

Bantuan lain datang dari Pemerintah Qatar yang mengirimkan pesawat berisi bantuan dan sejumlah tim SAR langsung ke lokasi gempa di Padang.

Pemerintah Uni Emirat Arab tak mau kalah, mereka juga mengirimkan bantuan bagi korban gempa. Bantuan yang dikirimkan berupa 56 orang tim SAR, obat-obatan dan peralatan untuk membantu evakuasi.

Tak ketinggalan, Pemerintah China juga mengirimkan bantuan sebesar Rp 4,8 miliar atau setara dengan 500 ribu dolar untuk korban gempa di Padang. Palang Merah China telah mendonasikan Rp 481 juta atau setara dengan 50 ribu dolar. Demikian seperti dilansir kantor berita Xinhua. / Pos Metro Medan

Sunday, October 11, 2009

KAWAN-KAWAN NAK DATANG BERAYA....

Kawan-kawan opis nak datang beraya kat rumah pada 18.10.2009. Lepas diaorang pergi rumah Encik Mahfulz. Emmm..kena kemas rumah ni... Maklumlah rumah kitaorang ni taklah tersusun sangat, ramai budak. Tak macam rumah kak ecah dengan kerusi rotan barunya.

Jadi sempena kedatangan kawan opis ni kena kemaskan rumah sikit. Almaklumlah kawan-kawan opis suka sangat ambik gambar terutamanya Cik Pelangi....

Langsir pun tak siap lagi. 'Night curtain' tak de lagi....

Kuih raya pun dah habis. Yang tinggal cuma maruku dan kerepek je..
Kalau ada masa nanti saya buat kuit lagi..kalau ada masa laaa...

Bunga-bunga ni beli kat Sungai Buluh. Berseri la juga rumah ku nanti...Nasib baiklah mak dah belikan awal-awal. Kalau tak langsung tak berbunga rumah kitaorang.


Tv tu nak kena alihkan. Tempat tu nak letak meja makan.

Rasanya sarung kerusi ni kena tukar.
Jangan lupa datang beraya rumah saya nanti. Diingatkan kepada kawan-kawan yang hendak datang supaya tidak memakai baju warna hijau sebab kalau nak bergambar nanti tak nampak pulak..