Thursday, October 8, 2009

JAMUAN HARI RAYA BAHAGIAN PENTADBIRAN, JPSM

Terima kasih kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, JPSM kerana telah menjemput kami ke majlis jamuan hari raya pada pagi tadi. Walaupun gerimis kami tempuh jua...


Gembira nak beraya di Bahagian Pentadbiran..


Punyalah tak sabar diaorang ni melintas tak ikut peraturan..


Bosan menunggu lif yang terlampau lambat...


Nasib baiklah ada penglipur lara yang rajin bercerita...


Kalau sahabat dah bertemu, tak makan pun takpe...borak je dah kenyang..


Cc dan En. Herman ketika mula-mula sampai ke tingkat 23. Malu-malu...tapi lepas tu Tuhan je yang tahu.


Ketibaan kami disambut oleh penyambut tetamu yang ayu jelita.


Barisan wanita-wanita jelita Bahagian Perjawatan dan Pengambilan

Kali yang ke- 76 Encik Torres ambik makanan..Ececeh malu-malu pulak..


Kali yang ke -77....larat ke dia makan??

Ini dia hidangan pada jamuan tersebut.


Soto ayam


Nasi dagang


Lemang kegemaran Encik Torres pun ada


Laksa johor


Sandwich buatan kak maria

Puding..

Setelah kenyang kami pergi pula ke tingkat 24 (Bahagian Perkhidmatan) untuk membuat lawatan sambil belajar. Ketibaan kami disambut oleh Kak Mala dan Encik Torres.



Kak Mala sedang memberi penerangan kepada ahli kumpulan


Bergambar kenangan dengan Kak Mala


Encik Torres suka ambil gambar..Cik Pelangi pula suka bergambar...sesuai la tu

Bergambar kenangan di Bilik Fail.

Terima kasih kepada Kak Mala, Encik Torres, Encik Amran, Encik Abbas, Encik Jamal, Encik Razali kerana menerima kedatangan kami dengan baik..

Nota: Baru ku tahu dimana encik torres menyimpan makanan yang diambil tadi...




Tuesday, October 6, 2009

NOVEL TERBARU

Disebabkan saya seorang peminat novel melayu, saya ingin berkongsi sedikit maklumat kepada mereka yang mempunyai kegemaran yang sealiran dengan saya tentang novel yang ada di pasaran samada cerita dia best atau tidak. Koleksi Novel terbaru keluaran ALAF21 yang bertajuk MAKNA CINTA ok dan boleh layan. Pengarang ialah MARIA ALINA.

So, kepada kaki novel sekalian, jika anda ingin membeli buku ini, dipersilakan.... Boleh didapati dengan harga RM16.00 senaskhah (lepas diskaun 20%). Kalau tak nak beli pun tak pe, boleh pinjam dari saya. Free je.

Monday, October 5, 2009

RAYA RAYA RAYA

Walaupun raya dah 2 minggu berlalu, namun kemeriahannya masih lagi terasa. (Raya kan sebulan) Ramai dikalangan sahabat-sahabat kita mengambil peluang untuk menganjurkan Rumah Terbuka pada setiap hujung minggu sempena syawal ini. Bermacam-macam hidangan disediakan untuk meraikan tetamu. Antara menu yang sentiasa ada di rumah-rumah terbuka ialah :

Laksa Asam. Baru ni budak2 opis ada pergi rumah lyna. Diaorang kata laksa yang lyna buat sedap tak terkata..buatlah lah lagi lyna. Menurut sumber yang dipercayai encik mat siong pun pandai buat....tapi bila suruh buat macam-macam alasan. Tak ada kuali besarlah....hahaha.

Lontong

Sate ayam, sate daging, sate kambing dan macam2 lagi..

Yum..Yum.. Spaghetti bebola ayam..

Roti jala dan kari ayam...(Teringat kepada roti jala yang kawan encik sugihijau buat.. tapi susah nak order kat dia ni.. kena buat appointment dulu....)

Meehoon goreng ni mesti ada disetiap rumah masa open house. (Terutamanya rumah Puan Jamilah). Cik Pelangi kita pun pandai goreng meehoon.


Kuih tart nenas

Almond London..

Soto...budak-budak opis kata soto yang paling sedap ialah soto yang kak aishah a.k.a dik manis buat...bilalah nak merasa...
Itulah diantara makanan yang popular semasa open house. Tapi kita mesti makan secara sederhana untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari nanti. Patuhi adab-adab semasa menghadiri jamuan....

Nota : Minta maaf kepada kak mona kerana tidak dapat menghadiri rumah terbuka akak. Jalan nak masuk Tasik Putri jem teruk. Kak Mona jemput ramai sangat tu yang jem tu...

Thursday, October 1, 2009

PESTA DURIAN


Sebenarnya cerita ni dah lama. Lupa pulak nak cerita.
Kisah musin durian di Kuala Pilah. Tahun ni durian memang banyak kat Kuala Pilah. Luar biasa sungguh. Semua pokok berbuah. Selalunya tak sebanyak ni..Sebelum puasa Razman telah bawa rombongan dari Kampung Bukit Kapar ke Kuala Pilah untuk merasai sendiri pengalaman mengutip durian yang baru gugur...




Inilah sebahagian pokok yang berbuah. Ini baru 4 pokok, ada banyak lagi.


Pasukan Mencari yang telah bersiap sedia untuk memugut durian yang gugur pada malam hari. (Diaorang ni baru bangun tidur, belum mandi lagi) Dari depan : Zarrin, Zaid, Hazim dan Azib.




Inilah durian yang berjaya dikumpulkan pada pagi tersebut.

HARI RAYA PERTAMA BUAT ADAM SHOTA

Tahun ni merupakan tahun yang pertama buat ADAM SHOTA AKANUMA. ADAM merupakan anak kepada ROSLINA MALEK (kakak razman) dan MOHD ARIF (yang berasal dari jepun). Dilahirkan pada 2 bulan yang lepas di Hospital Selayang. Adam juga merupakan cucu HAJI MALEK yang paling kecil sekali selepas HAWA. Sesuai nama ni ADAM dan HAWA..







Inilah dia Ibu Adam yang dikelilingi anak-anak saudara yang ceria. (Dari kiri Ikhmal, kak Ela dan Suami)

Ini pulak Abah Adam..rajin betul dia buat susu.

Tak puas rasanya beraya dengan ADAM. Raya kedua diaorang dah balik. Tapi takpe, sebab hari Sabtu ni kami nak beraya kat Antara Gapi Rumah ADAM. Nanti ambik gambar ADAM banyak-banyak. Selamat Hari Raya ADAM SHOTA AKANUMA....