Monday, September 28, 2009

PERISTIWA MALAM RAYA

Pada malam raya kami berehat setelah seharian mengemas rumah.
Kami main bunga api /mercun dengan anak-anak. Mercun dan bunga api pada malam tu telah dibekalkan oleh encik mat siong....


seronoknya malam raya..

Sunday, September 27, 2009

PERISTIWA PETANG HARI RAYA

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan yang dihormati. Sudah seminggu lebih kita berhari raya dan atas kesempatan ini saya dan keluarga mohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan yang telah mengguris hati anda semua. Untuk post kali ini saya akan ceritakan tentang persiapan kami untuk menyambut bulan syawal untuk dikongsi dengan anda semua. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Disebabkan persiapan hari raya saya masih belum sempurna, saya mengambil keputusan untuk mula bercuti pada hari Khamis. Kesempatan cuti ini saya menyiapkan beberapa jenis kuih raya dan mula mengemas rumah dengan dibantu oleh pembantu-pembantu khas.


Ini dia sebahagian kuih yang sempat disiapkan pada hari tu.
Menangis kalau kak siti tengok.

Kuih tart ni saya beli dari Azza dari Pejabat Datuk Bandar, kawan Shidah. Harganya RM22.00 sebalang.


Ni pulak biskut badam, sedap tak terkata.


Biskut Nestum Badam. Rupa je buruk tapi rasanya sedap.

Biskut Hazelnut.

Selepas selesai je buat kuih, kami terus kemas rumah.


Inilah pembantu saya yang paling rajin sekali.



Walaupun hari hujan tetapi dan masih lagi sakit kaki (akibat jatuh tangga) tuan rumah ni tetap juga mesin rumput mengenangkan esok nak raya. Mujurlah tak demam.

Kawasan yang telah siap di mesin. Ok lah jugak...

Moral : Raya tahun depan pastikan semua kerja/persiapan hari raya dibuat awal untuk mengelakkan keadaan yang kelam kabut..




Sunday, September 13, 2009

LANGSIR RAYA

Disebabkan gula masih tak beli lagi, maka saya teruskan menjahit langsir untuk raya nanti. Selama 2 hari saya bertungkus-lumus menjahit, dan hari Ahad baru siap. Selepas siap pasang langsir, kami sekeluarga berbuka puasa di KFC..best!. Itulah pertama kali kami berbuka puasa di luar sepanjang Ramadan ni. Enjoy!


Langsir yang telah siap dijahit.


Master Bedroom yang serba hijau, sejuk mata memandang.


Langsir dining room yang berwarna kuning mengikut warna dinding. (Eric yang ajar)


Bilik Aina serba pink, khas untuk anak perempuan.
Bilik abang pula warna biru
(Gambar tak de)
Setelah siap semuanya kami keluar pukul 5.30 petang menuju ke TESCO, Setia Alam untuk mencari keperluan Hari Raya. Menjelang waktu berbuka kami singgah di KFC ...


Suasana yang meriah di KFC, Meru.

Mengalahkan orang puasa.


Habis licin ayah makan.


Habislah 2 kotak cheezy chickaroni kitaorang kerjakan. Siap order lagi pulak tu.


Menu pada malam tu ialah, 1 kotak varity bucket, cheezy chickaroni, milo ais..sedap.


Aina asyik minum je, makan tidak..


Orang dah nak balik, masih tak habis makan lagi si Hawa ni. Terpaksalah tunggu dia habiskan makanan. Hawa ni makan sebelum orang azan lagi..dah tu dia yang paling lambat habis.


Sementara tunggu Hawa makan, Ibu, Hazim dan Aina sempat ambil gambar.

Thursday, September 10, 2009

PERSEDIAAN BUAT KUIH RAYA

Lebih kurang 1 minggu lebih kita nak raya, jadi inilah masa yang sesuai nak mulakan projek buat kuih raya. Semalam saya pergi ke kedai Bake With Yen, Chow Kit untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kuih raya. Semua barang dah dapat kecuali Brown Sugar, Gula Castor dan juga Icing Sugar. Krisis gula tak habis lagi agaknya. Sapa-sapa nak pergi kedai ni sila gi awal bagi mengelakkan kesesakkan dalam kedai.

Aina sedang pilih acuan kegemaran. Nasib baiklah bawak budak ni semalam. Boleh gak dia tolong cari.

Inilah antara bahan-bahan yang telah saya beli semalam. Gambar kuih raya tak dapat tunjuk lagi sebab belum buat. Cadang hari sabtu dan Ahad ni baru nak buat. Jadi hari Isnin nanti kita sama-sama tengok hasilnya.



Sunday, September 6, 2009

PERSIAPAN HARI RAYA

Dalam diam, sudah 2 minggu umat islam berpuasa. Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk kita menyambut kedatangan Syawal. Kebanyakkan mereka sudah mula shopping untuk menyambut Hari Raya nanti. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk keluar shopping pada malam tadi (window je sebab lum gaji). Ramai betul, sesak.

Kedai perabot merupakan kedai pertama kami tuju. Budak-budak tengah testing sofa.

Nak beli ke?

Bekenan betul la dengan sofa ni.

Hawa tak nak turun dari sofa. Puaslah Aina pujuk. Kena beli jugak nampaknya.

Lawanya bunga. Nasib baik la tak banyak duit malam tadi, kalau tak kitaorang dah borong dah..

Tegah fikir nak kaler tema apa tahun ni..


Songkok yang ke 6 dalam tahun ni. Selalu je hilang songkok kat sekolah. Kalau dikumpulkan dari abang sekolah tadika hingga darjah 3, ayah dia boleh bukak kedai songkok.


Serius betul kakak ni cari songkok abang. Siap jerit-jerit lagi.

Setelah puas mencari saiz songkok akhirnya dapat juga. Siza 20 1/2.

Hawa tak boleh raya sebab Hawa tak puasa..


Kasut tak ada. Semuanya selipar..tu yang abang tak berapa gembira.


Hawa dah boring sebab ayah tak beli untuk dia apa-apa. Asyik abang je yang dapat.

Kat kedai ni tak de jual kasut raya..semuanya selipar. Tak jadi nak beli.

Dah penat round kedai, kitaorang pun balik rumah. Cadang nak pegi ke JJ pulak sabtu depan.


Thursday, September 3, 2009

HARI PERTAMA AINA BERPUASA

Bukan senang untuk melatih anak-anak berpuasa. Penuh cabaran dan dugaan. Kalau tak sabar memang ibubapa akan sentiasa naik angin. Melentur buluh biar dari rebung. Sebagai pemangkin supaya anak-anak rajin berpuasa ganjaran disediakan. 1 hari puasa penuh akan dapat 1 ringgit. Ini sebagai galakkan untuk anak-anak bawah 12 tahun sahaja. Apa yang diaorang nak makan masa berbuka nanti akan dibelikan. Ni dah beberapa hari kitaorang makan ayam percik. Selera anak punya pasal. Bosan betul..

Kalau time sahur memang macam ni gayanya. Dia tak tau dia makan apa. Esoknya dia mesti akan kata ibu tak kejutkan dia. Sabar jelah.

Anak yang ni puasa juga. Tapi karang pukul 8.00 pagi dah minta makan.

Hobi Hawa ni menggoda abang dan kakak dengan makan depan diorang. Karang abang ngan kakak mulalah nak puasa setengah hari dan macam-macam lagi.


Menjelang petang Aina akan jadi macam ni. Memanglah kesian tengok. Tapi kalau tak mulakan latihan berpuasa dari sekarang takut terlambat nanti. Itu cerita hari pertama Aina berpuasa. Sekarang ni dah ok dah. Tak sahur pun tak pe.

Wednesday, September 2, 2009

PERHATIAN

Perhatian semua.

Disini saya ingin mengumumkan bahawa telefon Sony Ericsson K5301 yang telah hilang selama 5 bulan lalu telah ditemui semula. Sehubungan itu tuan/puan yang ingin menghubungi saya bolehlah berbuat demikian. (Nombor tetap sama)

Sekian, Harap maklum.