Wednesday, September 22, 2010

LATIHAN KEBAKARAN

Latihan Kebakaran di DBKL telah dijalankan pada hari ni. Terkejut juga bila dengar loceng kecemasan bunyi tadi. Berbelah bahagi juga nak turun atau tidak. Tapi bila dengar suara kak ros bagi penguguman (cemas semacam je) kitaorang pun terus turun.

Bila sampei je kat bawah, rupanya dah ramai orang turun. Ye lah diorang tingkat berapa. Saya tingkat 26. Nak tercabut lutut dibuatnya. Mari kita saksikan suasana semasa latihan kebakaran tersebut.

Bangunan DBKL yang telah terbakar.

Pasukan bomba yang sedang bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di Bangunan DBKL.

Ketua-ketua tingkat yang sedang sibuk untuk memastikan anak-anak buah berada dalam keadaan selamat.

Kelihatan Mat Siong sedang memberi maklumat kepada ahli keluarganya. 'Jangan risau Aina, Ayah selamat dalam kebakaran tadi...'

Wajah-wajah gembira walaupun DBKL dalam bahaya.

Siti Zaharah dan Mummy Ros kagum dengan asap yang keluar dari Bangunan DBKL.

Sedang mendengar arahan dari pegawai bomba.

Best juga latihan kebakaran yang dijalankan pada hari ni sebab banyak meeting dah cancel.....

1 comment:

  1. Syukur Alhamdulillah kak ct dah cuti...kalau tidak tercabut lutut kak ct kena turun tangga..heh..

    ReplyDelete