Wednesday, September 22, 2010

LATIHAN KEBAKARAN

Latihan Kebakaran di DBKL telah dijalankan pada hari ni. Terkejut juga bila dengar loceng kecemasan bunyi tadi. Berbelah bahagi juga nak turun atau tidak. Tapi bila dengar suara kak ros bagi penguguman (cemas semacam je) kitaorang pun terus turun.

Bila sampei je kat bawah, rupanya dah ramai orang turun. Ye lah diorang tingkat berapa. Saya tingkat 26. Nak tercabut lutut dibuatnya. Mari kita saksikan suasana semasa latihan kebakaran tersebut.

Bangunan DBKL yang telah terbakar.

Pasukan bomba yang sedang bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di Bangunan DBKL.

Ketua-ketua tingkat yang sedang sibuk untuk memastikan anak-anak buah berada dalam keadaan selamat.

Kelihatan Mat Siong sedang memberi maklumat kepada ahli keluarganya. 'Jangan risau Aina, Ayah selamat dalam kebakaran tadi...'

Wajah-wajah gembira walaupun DBKL dalam bahaya.

Siti Zaharah dan Mummy Ros kagum dengan asap yang keluar dari Bangunan DBKL.

Sedang mendengar arahan dari pegawai bomba.

Best juga latihan kebakaran yang dijalankan pada hari ni sebab banyak meeting dah cancel.....

Monday, September 20, 2010

BERAYA DI RUMAH ADAM SHOTA

Dah lama tak nampak Adam Shota. Hari Sabtu lepas kitaorang beraya kat rumah Adam yang terletak di Antara Gapi. Dah besar rupanya dia ni. Makin hensem. Mama Adam sediakan nasi beriyani pada hari tu.

Lama jugalah kami kat rumah Adam.

Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua follower Lelyandfamily@blogspot.com, Mat Siong, Mat Dani dan baby shidah (cik zahar sekali), Pelangi, Acu Comel, Sakura, KK and the gang, Annie, Kak Long Sha, kak mawar dan kaki conteng, kayu sugi dan isteri, ayoi dan rozie, Lin, Farah shazwani dan family, Ila selayang dan family, Die hard fan of MAn United, Rooney dan keluarga, David Beckham dan keluarga, Owen dan keluarga (tak boleh sebut semua, bahaya) dan semua yang mengenali kami.
Daripada :
Razman Malek
Nor Lely Manaff
Muhammad Hazim
Aina Hanani
Ainil Hawa

CERITA HARI RAYA - GRAND FINALE



Raya yang ke-empat dah tak tau nak pergi mana dah. Disebabkan ramai dah bekerja so kami mengambil keputusan untuk pergi ke TESCO, Setia Alam mencari barang2 keperluan harian sambil mencuci mata.



Dah penat shopping kami beraya pulak kat KFC Setia Alam...Dah lama tak beraya kat sini. Demikianlah cerita raya kami pada tahun ni. Wassalam.


CERITA HARI RAYA - PART 4- BALI K KLANG

Kami balik ke Klang pada petang raya kedua. Raya kat Klang lagi hebat. Pagi, petang, siang, malam asyik berjalan je. Pada pagi raya ketiga kami sekeluarga minum pagi di Restoran Hakim di Shah Alam dan seterusnya berjalan raya hingga ke petang...

Dah lama tak pekena teh tarik, roti canai, capati..

Gembiranya Hawa dapat banyak duit raya. Siap beli handbag lagi.


Ni kat rumah Lela dan Musa.



Ni kat rumah nenek Al..tersandar kekenyangan.


Lepas tu kami pergi pulak rumah nenek jiah..dah tak larat nak makan..

Dah tu pergi pulak rumah Cik Nor. Kat rumah dia makan pecal pulak.

Hawa dah tak larat nak bukak mata...

CERITA RAYA PART 3 - BALIK KUALA PILAH.

Tahun ni adalah giliran kami menyambut raya di Kuala Pilah. Kami bertolak ke Kuala Pilah pada hari Rabu (2 hari sebelum raya). Sebelum bertolak ke kampung, saya sempat menyediakan beberapa jenis kuih untuk di bawa balik ke kampung.
Walaupun kuih ni tak menarik langsung dari segi rupa paras, tapi rasanya boleh tahan.

Sedang sibuk nak siapkan rendang ayam dan daging pada petang raya.

Nilah satu-satu anak yang suka menolong kat dapur..anak yang lain tu langsung tak nampak muka.



Suasana di pagi raya. Balang kuih pun dah kosong..Sedap betul kuih yang ibu buat..tahun depan kena bagi lebih.


Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf Zahir Batin. Tengoklah baju raya kitaorang.. sedih..sedih..

CERITA HARI RAYA PART 2- MALAM TUJUH LIKUR

Dulu masa kami masih tinggal di Rawang, kami tidak berpeluang nak pasang pelita masa time raya. La ni sekarang bila tinggal kat kampung Malam Tujuh Likur kami sambut dengan meriah. Pada petang tu Razman sibuk cari kayu getah untuk dijadikan tiang lampu.


Nasib baik ramai pembantu yang sudi untuk membantu.


Ni lah hasilnya.

Sesi berganbar sebelum pergi surau pada malam tu. Razman ex je pakai jubah..bila kesurau dia tanggal balik sebab takut kena tolak jadi Imam.

CERITA HARI RAYA (PART 1) - 5 HARI SEBELUM RAYA

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca blog lelyandfamily@blogspot.com . Walaupun hari ni dah raya yang keenam, masih belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin, ampunkan jika ada salah dan silap.
Saya dan suami bercuti awal pada tahun ini disebabkan banyak lagi persiapan raya yang belum diselesaikan, seperti memotong rumput, buat kuih raya, jahit langsir, beli persiapan baju dan kasut anak2 dan sebagainya.
Pada tahun ni kerajaan bagi bonus RM500 kan..tapi kami dapat lebih iaitu duit raya dari apek getah. 5 hari sebelum umat islam menyambut hari raya, apek getah datang nak beli getah. dapatlah RM600.00, raya sakan ku tahun ni...






Penat lelah menoreh pada setiap hujung minggu berbaloi apabila menerima duit daripada apek ni. Apek ni siap bagi extra RM20.00 lagi tu..