Sunday, February 16, 2014

ICT SHAH ALAM

Mana nak pergi malam ni?. Last-last kitaorang jalan-jalan kat i-city. Jalan je ok, tak de nak main-main permainan kat situ. Mahal.

Tuesday, August 13, 2013

SELAMAT HARI RAYA

LE SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA SAHABAT SEKELIAN. SELAMAT HARI RAYA.

Tuesday, July 9, 2013

KISAH RAMADAN 2013

Selamat menyambut bulan ramadan LE ucapkan kepada semua umat islam. Menu apa yang korang masak untuk sahur pagi tadi?                LE masak sadin je sebab tu je lah yang paling senang dan cepat. Masak cepat-cepat sebelum si kecik tu bangun..                                        Selamat berpuasa dan semoga ramadan kali ini elebih bermakna.

Monday, April 8, 2013

RAMADAN 2013

Tiba-tiba sahaja Ramadan terbayang di fikiran. Almaklumlah puasa belum habis berganti lagi. Apa- apapun semoga LE sekeluarga dikurniakan  kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah.

Thursday, April 4, 2013

MERLIN 2013

Salah satu cerita tv yang LE tak pernah tinggal ialah merlin. Selalunya ending dia tak pernah mengecewakan. Sejak season 1hingga season 4 ending dia best. Season 5 banyak cerita sedih. Lepas ni LE akan sentiasa ingat MERLIN, ARTHUR, GWEN, GAIUS dll.

Tuesday, April 3, 2012

HAZIM OH! HAZIM

Assalamualaikum.

LE baru je balik dari ambil report kad anak LE yang sulung. Malu betul LE dengan cikgu-cikgu sekolah. Tak ada komen-komen yang baik dari cikgu. Semuanya mendukacitakan. Nasib baik Hazim tak turun kelas. Sampai menangis lah Hazim kena nasihat. Makin dekat nak UPSR, makin malas pulak budak ni.

Tak taulah macamana nak buat lagi.

Sunday, April 1, 2012

SUKAN TAHUNAN PASTI NUR HIDAYAH 2012


Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat LE. Minggu lepas (1.4.2012) Pasti Nur Hidayah iaitu tadika Ainil Hawa telah mengadakan Sukan Tahunan 2012 dan telah dirasmikan oleh YAB Dr. Rani. Seronok tengok anak-anak bersukan. Bukan anak-anak sahaja yang bergembira, mak ayah yang terlebih 'over'.

Tahun ni Ainil Hawa masuk Rumah Biru. Sempat bergambar sebelum acara bermula.

Hawa tetap gembira walaupun dapat no. 3. Janji dapat piala.

Ni pulah acara senamrobik.

Disebabkan ada sukan, LE tak dapatlah hadir ke majlis perkahwinan Amat dan Shidah. Tapi takpelah sebab LE dah datang masa majlis sebelah rumah Shida. Tak dapatlah LE tengok amat pakai baju putih.

Jumpa lagi.