Wednesday, September 7, 2011

HARI RAYA 2011

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat-sahabat LE yang dikasihi. Walaupun telah 9 hari kita berhari raya, baru hari ini LE sempat nak update cerita mengenai Hari Raya. Dikesempatan ini juga LE dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan-perkataan LE yang menyinggung perasaan semua.

Hari Raya LE dan keluarga biasa je, macam semua orang. Cuma kali ini LE berjaya juga untuk pujuk Owen supaya pakai baju sedondon dengan kitaorang. Selalunya asyik tema warna-warni je. Kali ini kami semua pakai baju biru/hijau. Meriah sungguh raya kali ini.

Pada Hari Raya yang kedua LE dan keluarga bertolak ke Kuala Pilah, NS untuk beraya bersama keluarga mertua.

Tak banyak LE ambil gambar untuk raya kali ini sebab tak sempat. Ni je lah gambar yang ada. Sekian untuk kali ini, semoga jumpa lagi.

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA LE SEKELUARGA.

Monday, August 22, 2011

PERSIAPAN HARI RAYA


LE tak sangka begitu cepat Ramadan nak berakhir. Rasanya baru semalam LE berpuasa. Macamana dengan persiapan Hari Raya sahabat-sahabat LE ? Mesti grand persiapan korang. LE masih belum menyiapkan baju anak2 LE. Gunting pun belum. Sibuk dengan kerja. Tapi LE cuti awal, Khamis dah cuti. Hari minggu yang lepas LE sempatlah siapkan sedikit kuih raya. jangan tidak.

Pada malamnya selepas terawikh, LE dan keluarga pergi TESCO dan Pekan untuk mencari baju raya buat anak bujang LE.

Cari punya cari masih tak dapat yang berkenan di hati. Jadi setelah berbincang dengan OWEN, kami ambil keputusan untuk pergi ke Jalan TAR pada hari Ahad.

Sampai penat AIN dan HAWA menunggu ayah memilih kaler baju. Dari merah hati tukar ke pink, dah tu biru pekat last sekali biru muda jadi pilihan. Tahun ni LE pilih tema biru muda. Baju belum siap lagi. Nanti masa raya LE akan upload gambar kami sekeluarga.

Akhir sekali LE mengucapkan Selamat Hari Raya dan LE minta maaf sekiranya ada setiap perkataan LE yang menyinggung hati dan perasaan sahabat-sahabat LE. Buat Mat Siong, Mysara, Narul, Kak Aishah, Kak Mawar, Ros, Siti, Mat Dani, Shida, Mie, Tengku Din, KK dll, jemputlah datang rumah LE masa raya nanti.

Sunday, August 7, 2011

LAWATAN PERTAMA KE PASAR RAMADAN

Setelah seminggu berpuasa, barulah LE dan keluarga berkesempatan untuk membuat rombongan ke pasar Ramadan di Meru. Meriah betul sampai tak tahu nak pilih apa. Memula tu nak lawat gerai KS, terpaksa dibatalkan sebab Hawa dah lapar.


Dari pagi Hawa tak makan sebab puasa. Puas LE suruh makan tapi taknak. Sampai tak larat nak jalan.

Akhirnya Hawa berbuka puasa pada pukul 6.30 petang sebab tak tahan tengok ketam ball. Sempat baca doa buka puasa lagi tu.

RAMADAN DATANG LAGI

Ramadan tahun 2011 datang lagi. Tahun ini LE dan keluarga menyambut Ramadan di Klang sahaja. Tak ada mantai macam di Kampung Kuala Pilah. Cuma petang tu LE rebus ketupat segera dan buat kari ayam kampung.

Juadah untuk sahur yang sempat LE masak untuk hari pertama Ramadan.

Macam inilah gaya kakak setiap kali Ramadan menjelang. Cukup susah nak bangun. Makan pun pejam mata.

DURIAN RAMADAN

Musim durian di Kuala Pilah bermula lagi. Tapi yang tak syoknya musim kali ini dekat betul dengan bulan Ramadan. Tak dapatlah Mr. Owen nak makan dengan sepuas-puasnya. Takkanlah nak berbuka puasa dengan durian pulak kan.

Hawa batuk seminggu tak hilang sebab makan durian banyak masa LE berkesempatan balik kampung seminggu sebelum puasa. LE tak berapa suka durian tapi tempoyak suke..

Friday, July 29, 2011

SELAMAT BERPUASA


Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali kami. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan dapat kita lalui dengan sempurna.

LE akan cuba untuk update blog ini khas untuk bumper bulan Ramadan dan Aidilfitri ini. Selamat Berpuasa.

Monday, June 13, 2011

PERISTIWA MEI 2011

Assalamualaikum.
Disebabkan LE tidak ada masa yang banyak untuk update blog ini, LE akan ceritakan perkara2 yang penting je sepanjang bulan Mei 2011.
Pada 1 Mei 2011, adik LE yang bongsu, Adam telah melangsungkan perkahwinannya. Pelbagai persiapan telah diatur dengan sempurna bagi melincinkan perjalanan majlis itu nanti.

Cup cake untuk tetamu yang LE buat sendiri.

Cenderahati daripada tuan rumah.

Namun begitu, takdir Allah mengatasi segalanya. Sehari sebelum majlis berlangsung, kampung Bukit Kapar telah dilanda banjir yang teruk dan telah mengakibatkan rumah emak LE dimasuki air dan telah merosakkan sebahagian persiapan yang telah disediakan.

Walaupun banjir, akad nikah tetap dilaksanakan..

Gembira hawa bila cik Adam kahwin.

Itu peristiwa gembira. Peristiwa yang sedih pulak bila bapa mertua LE telah meninggal dunia pada 20.5.2011. Al- Fatihah.