Sunday, April 10, 2011

TSUNAMI DI JEPUN

Telah 3 minggu peristiwa gempa bumi 8.9 s/r dan kejadian tsunami di Jepun. Biras LE ni orang Jepun. Tapi dia ni tinggal di Nagano. Jauh sikit dari Sendai. Jauh-jauh pun goyang jugalah Nagano. LE ada tanya kepada anak sulung , kenapa berlakunya gempa bumi di Jepun?. Jawapannya sebab masa tu Ultraman dan Raksaksa Baltan sedang berlawan. Siap fire2 lagi. Tu jawapan budak2.


LE pun sedih juga bila tengok kejadian ni. Lebih-lebih bila tengok budak2, mak budak, bapak budak dan orang-orang tua yang terpaksa panjat bumbung rumah masing2. Syukur Malaysia sentiasa aman damai.

Takziah kepada Jepun terutama sekali idola LE iaitu Puteri Masako Owada dan Takeshi Kunashiro. Tapi LE pasti Jepun dapat pulihkan semula keadaan dalam masa yang singkat.

Thursday, April 7, 2011

Assalamualaikum..Jumpa lagi kita


Dah lebih 3 bulan dah LE tak update. Bukannya LE malas, tapi disebabkan LE lupa password. Tu yang tak dapat nak update tu. Banyak sebenarnya yang LE nak update dalam masa 3 bulan ni. Tapi dah banyak yang terlupa.

Namu begitu tahniah buat pasukan kesayangan LE iaitu ManU yang masih lagi gagah walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan. Sampaikan orang Liverpool yang LE jumpa di kantin DBKL pun tak nak angkat muka bila jumpa LE. Dia senyum2 kambing je. Tahniah MU.


Buat Ainil Hawa, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-empat pada 25 Februari yang lalu. Baru hari ini ibu sempat nak masukkan dalam blog.

Jumpa lagi.

Tuesday, January 4, 2011

HAWA DAH SEKOLAH

Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Hawa pun dah masuk sekolah tadika. Kalau ikutkan malas nak masukkan sekolah awal-awal disebabkan umur baru nak masuk 4 tahun. Tapi bila dia asyik merengek2 sebab nak beg macam abang dan kakak, maka pada pagi sabtu sebelum sekolah mula kami pun daftarkan Hawa sekolah.

2 hari sebelum sekolah mula, tidur pun pakai kasut. Pantang ada orang datang dia mesti pakai kasut dan beg lepas tu dia sibuk keluarkan alat2 tulis. Malamnya pulak asyik sibuk duk sharp pensil sampai pendek jadinya. Buku2 yang dia dapat masa daftar hari tu dia nak kaler katanya kalau tak siap nanti cikgu marah. Kasut dah berkali2 dia letak kapur kasut.

Siap suruh tulis nama kat kasut supaya tak hilang. Bersemangat sungguh nak kesekolah.
Ini adalah gambar2 yang sempat LE ambil masa hari pertama Hawa sekolah.

Nama Sekolah Hawa.

Dengan sepupu yang berusia 5 tahun.

Semua anak2 dah sekolah tinggallah ibu sorang kat rumah. Semoga jadi anak yang berguna di dunia dan akhirat.

Thursday, December 23, 2010

PERISTIWA SEPANJANG 2010

Tahun 2010 hampir ke penghujungnya. Pelbagai peristiwa suka dan duka yang telah LE lalui sepanjang tahun ini. Yang paling menyedihkan ialah pada tahun ini ibu tercinta LE telah disahkan menghidapi kegagalan fungsi buah pinggang dan telah diarahkan untuk menjalani rawatan dialisis di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Baru-baru ini beliau telah dimasukkan ke wad di HTAR, Klang disebabkan kadar potasium yang tinggi dalam darah.


Bila kadar potasium telah turun, beliau menghadapi masalah darah rendah pula. Sampai LE tak tahu nak buat macamana. Semoga ibu LE sihat seperti sediakala.

Selain itu juga, antara peristiwa penting yang berlaku pada tahun ini ialah buat pertama kalinya LE memotong rambut Ainil Hawa. Seperti yang sedia maklum Ainil Hawa menghadapi masalah rambut lambat tumbuh (botak la tu). So sejak dia kecil lagi LE belum pernah memotong rambut Ainil Hawa kerana takut rambut dia tak tumbuh langsung...

Setakat ni rambut Ainil Hawa tumbuh dengan elok..

Antara peristiwa lain ialah :

Hari Raya LE yang pertama di JPEPP

Encik Zainal ( Bos Kebajikan) dan keluarga datang rumah.

K.S. datang rumah. (KK bila nak datang rumah?).

Kemalangan yang menimpa Ainil Hawa semasa percutian di Cameron Highland.
Baru-baru ini anak sulung LE jatuh basikal semasa mengikuti acara menjelajah kampung. Habislah bahagian pipi dan bahu luka. Semoga tahun 2011 yang bakal menjelma bakal menjanjikan sesuatu yang baik buat LE dan buat semua sahabat LE.

UCAPAN



Sempena cuti Krismas ni LE dan keluarga ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua rakan2 baik LE di Bahagian Perjawatan dan Bahagian Perkhidmatan. Tak lupa juga buat puan Rozielawati dan keluarga, selamat bercuti.

Monday, November 22, 2010

LISA ESTRADA DAN BADMINTON

Sekarang ni kan tengah hot pasal sukan Asia kat China. Masa LE bercuti tu, sempat juga LE tengok beberapa acara sukan yang melibatkan atlet Malaysia seperti badminton. Memang sedih bila Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan, tapi nak buat macamana memang Lin Dan memang kuat dan peluang Lee Chong Wei untuk menang memang tipis.

Masa LE kecik2 lagi LE memang suka tengok badminton ni. Lebih-lebih lagi bila tengok Han Jian, Yang Yang, Morten Frost, Darren Hall, Prakash Padukone, Zhou JianHua, Luan Jin dan ramai lagi. Siap kumpul gambar lagi tu. Namun begitu hanya satu je pemain yang LE cukup minat iaitu Yang Yang.

Pada sapa2 yang tak sempat tengok, Ini lah dia Yang Yang, pemain yang LE minat masa sekolah2 dulu. Pemain sekarang yang LE suka tengok ialah Chen Jin.

Bila lah Malaysia nak ada pasukan yang kuat macam ni. Mungkinkan Anak2 LE nanti...

AIDIL ADHA 2010 PART 1

Macamana Aidil Adha 2010 ni?. Semoga semuanya bergembira dan dapat menghayati pengertian Aidil Adha dengan sebaik-baiknya. Aidil Adha pada tahun ni LE ambil cuti lama bermula pada hari Selasa hingga Jumaat. Pelbagai persiapan yang LE buat untuk menyambut Aidil Adha pada tahun ni. Persiapan yang LE buat sama dengan persiapan Aidil Fitri. Ketupat, kuih raya semuanya ada..
Pada pagi selasa LE sempat pergi ke nursery Sungai Buluh untuk membeli pokok bunga.

Nasib baik ada Ainil Hawa, bolehlah dia membantu buat ketupat untuk dihidangkan pada pagi raya.

Antara kuih raya yang LE buat pada petang raya.

Razman @ Owen sedang memilih pokok bunga kertas untuk dibeli

Ini dia antara pokok bunga dan buah-buahan yang LE beli. Sampai tak muat kereta. Seat depan pun penuh dengan bunga.

Pada pagi raya pula, selepas habis solat raya, LE dan keluarga pergi menyaksikan orang kampung menyempurnakan ibadah korban. Tahun ni ada 11 ekor lembu yang telah menjadi korban. Tapi LE tak adelah nak ambil gambar sebab tak berani.

Daging yang dah siap je yang LE sanggup nak ambil.

Hawa suka bila tengok lembu kena sembelih. Tapi rasanya dia akan ikut jejak langkah LE yang tak akan makan daging setelah melihat lembu2 disembelih. Puas LE bagi makan, langsung dia tak nak. Bila time makan je dia akan tanya 'ibu masak apa'?. Bila LE kata daging, menjerit2 Hawa kata tak sedap.

Hanya ini kisah Aidil Adha 2010 yang dapat LE kongsi pada kali ini. Semoga tahun depan kita cerita lagi.

Tuesday, November 9, 2010

AIDIL ADHA 2010

Hari Raya Aidil Adha datang lagi. Pada tahun ni Abang no. 6 Razman gi ke Mekah untuk menunaikan Haji. LE dan keluarga pun sempat menghantar beliau ke Kelana Jaya pada pukul 9.00 malam waktu tempatan. Namun begitu LE tak dapat ambil banyak gambar sebab waktu tu hujan renyai2. Camera LE pulak tak secanggih Camera KK. Inilah yang dapat LE kongsikan suasana pada malam tu..

Kepada Pak Cik Roslim, semoga dapat menunaikan ibadah Haji dengan sempurna. Semoga cepat dapat jodoh. Selamat pergi dan selamat kembali.

Hawa ni bukannya sedih sebab Pak Cik Roslim nak gi Mekah. Dia sedih sebab ayah tak belikan belon Dora yang dijual kat situ..