Monday, October 5, 2009

RAYA RAYA RAYA

Walaupun raya dah 2 minggu berlalu, namun kemeriahannya masih lagi terasa. (Raya kan sebulan) Ramai dikalangan sahabat-sahabat kita mengambil peluang untuk menganjurkan Rumah Terbuka pada setiap hujung minggu sempena syawal ini. Bermacam-macam hidangan disediakan untuk meraikan tetamu. Antara menu yang sentiasa ada di rumah-rumah terbuka ialah :

Laksa Asam. Baru ni budak2 opis ada pergi rumah lyna. Diaorang kata laksa yang lyna buat sedap tak terkata..buatlah lah lagi lyna. Menurut sumber yang dipercayai encik mat siong pun pandai buat....tapi bila suruh buat macam-macam alasan. Tak ada kuali besarlah....hahaha.

Lontong

Sate ayam, sate daging, sate kambing dan macam2 lagi..

Yum..Yum.. Spaghetti bebola ayam..

Roti jala dan kari ayam...(Teringat kepada roti jala yang kawan encik sugihijau buat.. tapi susah nak order kat dia ni.. kena buat appointment dulu....)

Meehoon goreng ni mesti ada disetiap rumah masa open house. (Terutamanya rumah Puan Jamilah). Cik Pelangi kita pun pandai goreng meehoon.


Kuih tart nenas

Almond London..

Soto...budak-budak opis kata soto yang paling sedap ialah soto yang kak aishah a.k.a dik manis buat...bilalah nak merasa...
Itulah diantara makanan yang popular semasa open house. Tapi kita mesti makan secara sederhana untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari nanti. Patuhi adab-adab semasa menghadiri jamuan....

Nota : Minta maaf kepada kak mona kerana tidak dapat menghadiri rumah terbuka akak. Jalan nak masuk Tasik Putri jem teruk. Kak Mona jemput ramai sangat tu yang jem tu...

Thursday, October 1, 2009

PESTA DURIAN


Sebenarnya cerita ni dah lama. Lupa pulak nak cerita.
Kisah musin durian di Kuala Pilah. Tahun ni durian memang banyak kat Kuala Pilah. Luar biasa sungguh. Semua pokok berbuah. Selalunya tak sebanyak ni..Sebelum puasa Razman telah bawa rombongan dari Kampung Bukit Kapar ke Kuala Pilah untuk merasai sendiri pengalaman mengutip durian yang baru gugur...




Inilah sebahagian pokok yang berbuah. Ini baru 4 pokok, ada banyak lagi.


Pasukan Mencari yang telah bersiap sedia untuk memugut durian yang gugur pada malam hari. (Diaorang ni baru bangun tidur, belum mandi lagi) Dari depan : Zarrin, Zaid, Hazim dan Azib.




Inilah durian yang berjaya dikumpulkan pada pagi tersebut.

HARI RAYA PERTAMA BUAT ADAM SHOTA

Tahun ni merupakan tahun yang pertama buat ADAM SHOTA AKANUMA. ADAM merupakan anak kepada ROSLINA MALEK (kakak razman) dan MOHD ARIF (yang berasal dari jepun). Dilahirkan pada 2 bulan yang lepas di Hospital Selayang. Adam juga merupakan cucu HAJI MALEK yang paling kecil sekali selepas HAWA. Sesuai nama ni ADAM dan HAWA..







Inilah dia Ibu Adam yang dikelilingi anak-anak saudara yang ceria. (Dari kiri Ikhmal, kak Ela dan Suami)

Ini pulak Abah Adam..rajin betul dia buat susu.

Tak puas rasanya beraya dengan ADAM. Raya kedua diaorang dah balik. Tapi takpe, sebab hari Sabtu ni kami nak beraya kat Antara Gapi Rumah ADAM. Nanti ambik gambar ADAM banyak-banyak. Selamat Hari Raya ADAM SHOTA AKANUMA....

Monday, September 28, 2009

BERHARI RAYA DI KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN

Setelah berhari Raya di Klang pada hari raya pertama, kami menziarahi pula keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada hari raya kedua. Kami bertolak dari Klang pada pukul 4.30 petang dan sampai ke Kuala Pilah pada pukul 8.30 malam. Perjalanan ok, tiada kesesakkan kecuali selepas tol perjalanan agak perlahan. Kami menghabiskan masa 4 hari sebelum kembali semula ke rumah. Puaslah kami beraya...


line clear


Kesesakkan yang berlaku selepas tol

Belakang pun bersusun

Alhamdulillah..sampai juga akhirnya di Kampung Beting, Kuala Pilah. Kat Pilah dah ada UITM.

Sarapan pagi pada raya ketiga. Resepi Mak Tam. Tapi keras sikit. Jangan marah ye Mak Tam..

Macam-macam ada. Donut tu saya goreng. Sampai hangus. Selepas bersarapan pada pagi tu, kami pergi beraya kat rumah yang yang paling unik di Kampung Beting. Meh tengok gambar ni...


Ada kolam ikan bagi membolehkan tetamu memancing. Penjaga kolam ada kat sebelah sana....


Orang suruh raya makan kuih, diaorang tengok ikan. Rumah ni kelilingnya ada kolam ikan. Macam rumah yang dibina di tengah laut.


Boleh tenangkan fikiran dengan menaiki rakit. Rakit ni sekali naik 50 sen.


Dasyat betul rumah orang ni semua ada. Kreatif betul. sampaikan budak-budak tak nak balik.


Inilah pemilik rumah unik tersebut. Razman kata dia ni penyanyi popular pada masa dulu. Nama band dia kalau tak silap Razman kata OLAN lagu dia Bandar Tasik Selatan..kalau tak silap la..tapi kalau tengok muka dia memang muka macam artis..
Lepas gi rumah ni kitaorang gi jalan lagi..


Kat rumah ni puaslah Mak Tam bagi salam..takde orang jawap pun.

Sempat possing sementara Mak Tam cari tuan rumah.

Disebabkan Pak Itam takde kat rumah, kami pergi pulak rumah Induk kat Jemapoh. Ada banyak itik kat sini

Best gi rumah induk ni. Bila balik dapat duit raya dan telur itik free je dia bagi.

Seronok betul kami beraya di Kuala Pilah. Hampir semua rumah kami pergi. Kalau boleh rumah ni pun kami nak pergi, tapi seram betul rumah ni....sesuai dibuat lokasi filem jangan tegur...

Setelah 4 hari di Kuala Pilah, kami pun pulang ke rumah kami di Klang. Beginilah keadaan Bukit Putus masa kami balik pada hari Khamis. Banyak juga kereta pada masa tu, tapi lancar juga perjalanan. Itulah cerita hari raya di Kuala Pilah.



PERISTIWA HARI RAYA PERTAMA


Hari Raya tahun ini merupakan kali pertama kami menyambut Syawal di rumah sendiri. Biasanya kami sambut raya di rumah orang tua di Klang atau Kuala Pilah. Tapi tahun ni kami menyambut raya di rumah sendiri atau lebih tepat lagi RUMAH BARU. Seperti biasa selepas sembahyang raya kami beraya di rumah nenek, makcik, pakcik dan lain-lain. Tidak banyak gambar yang diambil disebabkan bateri h/p habis.... Inilah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Anak-anak bergaya dengan baju yang baru ibu jahit malam tadi. sampai tak tidur ibu nak siapkan baju..

Masa ni abang tak ada sebab ikut ayah pergi sembahyang raya.



Muka tension sebab kena pakai baju kurung..


Hawa dengan penuh semangat nak beraya.

Ini sewaktu kami sekeluarga menziarah rumah Atuk Usin, saudara bapak. Yang kat atas tu bukannya saya tetapi kakak kembar saya...

Ini sahaja gambar yang sempat dirakamkan. Post yang akan datang ialah kenangan sewaktu beraya di Kuala Pilah. Nantikan kemunculannya.