Tuesday, April 3, 2012

HAZIM OH! HAZIM

Assalamualaikum.

LE baru je balik dari ambil report kad anak LE yang sulung. Malu betul LE dengan cikgu-cikgu sekolah. Tak ada komen-komen yang baik dari cikgu. Semuanya mendukacitakan. Nasib baik Hazim tak turun kelas. Sampai menangis lah Hazim kena nasihat. Makin dekat nak UPSR, makin malas pulak budak ni.

Tak taulah macamana nak buat lagi.

Sunday, April 1, 2012

SUKAN TAHUNAN PASTI NUR HIDAYAH 2012


Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat LE. Minggu lepas (1.4.2012) Pasti Nur Hidayah iaitu tadika Ainil Hawa telah mengadakan Sukan Tahunan 2012 dan telah dirasmikan oleh YAB Dr. Rani. Seronok tengok anak-anak bersukan. Bukan anak-anak sahaja yang bergembira, mak ayah yang terlebih 'over'.

Tahun ni Ainil Hawa masuk Rumah Biru. Sempat bergambar sebelum acara bermula.

Hawa tetap gembira walaupun dapat no. 3. Janji dapat piala.

Ni pulah acara senamrobik.

Disebabkan ada sukan, LE tak dapatlah hadir ke majlis perkahwinan Amat dan Shidah. Tapi takpelah sebab LE dah datang masa majlis sebelah rumah Shida. Tak dapatlah LE tengok amat pakai baju putih.

Jumpa lagi.