Monday, August 22, 2011

PERSIAPAN HARI RAYA


LE tak sangka begitu cepat Ramadan nak berakhir. Rasanya baru semalam LE berpuasa. Macamana dengan persiapan Hari Raya sahabat-sahabat LE ? Mesti grand persiapan korang. LE masih belum menyiapkan baju anak2 LE. Gunting pun belum. Sibuk dengan kerja. Tapi LE cuti awal, Khamis dah cuti. Hari minggu yang lepas LE sempatlah siapkan sedikit kuih raya. jangan tidak.

Pada malamnya selepas terawikh, LE dan keluarga pergi TESCO dan Pekan untuk mencari baju raya buat anak bujang LE.

Cari punya cari masih tak dapat yang berkenan di hati. Jadi setelah berbincang dengan OWEN, kami ambil keputusan untuk pergi ke Jalan TAR pada hari Ahad.

Sampai penat AIN dan HAWA menunggu ayah memilih kaler baju. Dari merah hati tukar ke pink, dah tu biru pekat last sekali biru muda jadi pilihan. Tahun ni LE pilih tema biru muda. Baju belum siap lagi. Nanti masa raya LE akan upload gambar kami sekeluarga.

Akhir sekali LE mengucapkan Selamat Hari Raya dan LE minta maaf sekiranya ada setiap perkataan LE yang menyinggung hati dan perasaan sahabat-sahabat LE. Buat Mat Siong, Mysara, Narul, Kak Aishah, Kak Mawar, Ros, Siti, Mat Dani, Shida, Mie, Tengku Din, KK dll, jemputlah datang rumah LE masa raya nanti.

Sunday, August 7, 2011

LAWATAN PERTAMA KE PASAR RAMADAN

Setelah seminggu berpuasa, barulah LE dan keluarga berkesempatan untuk membuat rombongan ke pasar Ramadan di Meru. Meriah betul sampai tak tahu nak pilih apa. Memula tu nak lawat gerai KS, terpaksa dibatalkan sebab Hawa dah lapar.


Dari pagi Hawa tak makan sebab puasa. Puas LE suruh makan tapi taknak. Sampai tak larat nak jalan.

Akhirnya Hawa berbuka puasa pada pukul 6.30 petang sebab tak tahan tengok ketam ball. Sempat baca doa buka puasa lagi tu.

RAMADAN DATANG LAGI

Ramadan tahun 2011 datang lagi. Tahun ini LE dan keluarga menyambut Ramadan di Klang sahaja. Tak ada mantai macam di Kampung Kuala Pilah. Cuma petang tu LE rebus ketupat segera dan buat kari ayam kampung.

Juadah untuk sahur yang sempat LE masak untuk hari pertama Ramadan.

Macam inilah gaya kakak setiap kali Ramadan menjelang. Cukup susah nak bangun. Makan pun pejam mata.

DURIAN RAMADAN

Musim durian di Kuala Pilah bermula lagi. Tapi yang tak syoknya musim kali ini dekat betul dengan bulan Ramadan. Tak dapatlah Mr. Owen nak makan dengan sepuas-puasnya. Takkanlah nak berbuka puasa dengan durian pulak kan.

Hawa batuk seminggu tak hilang sebab makan durian banyak masa LE berkesempatan balik kampung seminggu sebelum puasa. LE tak berapa suka durian tapi tempoyak suke..