Ramadan datang lagi. Sekali lagi kita harus mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita untuk merasai Ramadan pada kali ini. Ada dikalangan kawan2/kenalan/saudara yang telah tiada dan tidak dapat lagi merasai nikmat Ramadan. Semoga Ramadan pada kali ini merupakan Ramadan yang paling bermakna buat kita semua.
Suasana bersahur pada semalam. Ainil Hawa pun bangun sekali.
Sekali lagi kami sekeluarga mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua kawan2 yang ada di Bahagian Perjawatan dan Pengambilan, Bahagian Perkhidmatan JPSM. Ramadan pada kali ini saya keseorangan di Jabatan baru. Tak ada cik pelangi, torres, mat dani, mat siong, sakura, kak siti, my little sister shidah..dll. Tapi nak buat macamana hidup mesti diteruskan.
Ingatlah aku dalam doa anda sekalian. Korang takpe masih bersama-sama boleh cerita pasal kuih raya, baju raya, saya ni tak tau nak cerita kat sapa. Nak harapkan KK datang melawat, jangan haraplah asyik saya je yang melawat dia. Apa nak buat dah tercampak jauh di tingkat 26....