Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT BERCUTI KEPADA KAK SITI GHANI

Selepas Abang M, giliran Kak Siti pula akan bercuti dan seterusnya bersara terus dari perkhidmatan Awam. Saya mengenali kak siti secara seriusnya pada tahun 2003 hinggalah sekarang. Walaupun Kak Siti akan bersara tapi saya masih juga dapat berjumpa kak siti sebab rumah saya tak jauh dari rumah kak siti dan saya juga pengunjung tetap Restoran Najihin. Tu yang saya berapa nak sedih tu..

Tapi ada beberapa perkara juga saya akan rasa kehilangan, antaranya;
1. Kehilangan kawan untuk pergi shopping SOGO.
2. Penasihat sewaktu nak beli baju atau apa2 barang
3. Tak dapat nak beli buku sama2 kat MINERVA
4. Penasihat hal ehwal pelajaran anak2

Ada juga orang lain selain kawan2 yang akan terasa kehilangan seperti;
1. Tauke kuih raya
2. Tauke baju batik
3. Kedai2 baju kat seluruh masjid India
4. Kedai kasut Snowfly
5. Kedai buku miverva dan pustaka mukmin
6. Tauke kedai Bilal
7. Kedai Lancome, kosmetik dan minyak2 wangi pelbagai jenama
dan lain-lain lagi..

Tulah kehidupan kita. Ni masa kak siti, masa saya dan kita semua akan tiba juga. Selamat bercuti dan bersara kepada Puan Siti Haji Ghani. Minta ampun jika ada salah dan silap yang saya lakukan sepanjang persahabatan kita. Semoga kita berjumpa lagi.