Monday, August 31, 2009

PINDAH RUMAH BARU

Akhirnya pada 29.8.2009 kami telah berpindah kerumah baru yang terletak di Kampung Bukit Kapar, Klang Selangor. Terima kasih kepada cc razak kerana menguruskan kenderaan untuk pindah pada hari tersebut.

Tuan rumah yang sedang bertungkus-lumus menyelamatkan DVD player dan Dekoder Astro.

Menantu dan bapa mertua sedang memikirkan bagaimana nak angkat tv 29'.

Barang-barang yang berjaya dibuang. Ini baru sikit ni. Ada lagi..

Barang yang telah dikumpulkan dan sedia diangkat.


Almari baju razman sedang diangkat masuk lori.

Tetap cergas walaupun puasa.

Sebenarnya masa ni Hawa tengah nangis sebab barang mainan dia yang dua bakul tu masuk dalam lori. Dia ingat orang tu nak ambik mainan dia... Kereta yang dia naik tu mulanya dah ada dalam lori, dia paksa ibunya ambik.

Macam kena halau dari rumah je Aina ni.

Abang sedang menyelamatkan gitar ayah.

Sedih kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan..

Perjalanan menuju ke kampung bukit kapar.

Dah sampai dah

Lori parking agak jauh disebabkan keadaan tanah yang lembut. Terpaksalah jalan sikit.

Selamat Tinggal... Disini kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah iaitu Puan Razidah binti Malek dan Encik Abdul Hamid bin Mokhtar kerana telah memberi peluang kepada kami untuk tinggal disini selama lebih 3 tahun ++. Kepada penyewa baru iaitu Puan Ishlah Nurhani binti Roseli dan pasangannya kami ucapkan selamat menyewa.


Monday, August 24, 2009

JOM MANDI MANDA

Bulan-bulan puasa ni alangkah bestnya jika dapat mandi-manda di jeram, air terjun...
Layan jelah gambar-gambar ni..


Seronok betul jadi budak-budak ni. Penggambaran ini dilakukan di Jeram Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh ma
kna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak teras
a ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti
-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu o
h Tuhanku...
Ku tempuh jua



Sunday, August 16, 2009

CAT RUMAH BARU

Pada minggu lepas 13.8.2009, kami telah mulakan operasi mengecat rumah. Semuanya kami buat sendiri sebab kos mengupah mahal. Upah cat sahaja RM3,900.00 tidak termasuk cat. Jadi untuk jimat belanja kami cat sendiri.


Demam-demam pun mengecat jugak. Punyalah semangat nak pindah.


Ni kes makan panadol terlebih.


Tukang cat profesional


Pakar mengecat undercoat


Nilah hasilnya


Macam kaler kueh seri muka


Sempena kedatangan Ramadan ni, kami sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan semoga Ramadan kali ini lebih bermakna. Selamat Berpuasa.

Thursday, August 6, 2009

RUMAHKU SYURGAKU

Inilah rumah baru saya yang terletak di Kampung Bukit Kapar Klang Selangor. Rumah ini dimulakan pembinaan pada Mei 2009 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2 minggu lagi. Kami akan berpindah sebelum puasa, jika diizinkan Allah. Mari kita tengok..

Ini dari pandangan sisi.
Dari depan rumah.

Dining area

Ruang Tamu

Inilah wet kitchen saya. Ramai yang tak gemar kalernya, tapi apa yang penting saya suka...

Sinki dapur

Koridor

Mak ngan bapak sedang berehat

Bilik air belakang


Bilik air master bedroom

Tempat letak basikal/motor/pasu bunga/buaian dan sebagainya.

Buat masa ini rumah tu belum dicat lagi sebab kami masih nak memilih kaler yang sesuai. Sekiranya tuan/puan ada cadangan tentang kaler rumah ni silalah kemukakan cadangan. CADANGAN YANG BERNAS SAHAJA.