Monday, March 26, 2012

PERSIAPAN RAYA 2012

Teruk betul LE ni. Belum puasa lagi dah sibuk nak raya. Bukan apa masa raya nanti LE dalam pantang anak ke-4. Kesian betul anak2 LE yang 3 orang tu takdelah baju raya nanti kalau LE tak beli dari sekarang. Nak menjahit pun dah tak larat.

LE rasa tahun ni LE nak pilih tema pink untuk keluarga. Corak pulak polka dot untuk anak perempuan LE. Dah tengok dah kat kedai hari tu. Macam berkenan.

Untuk Ayah diaorang dan anak bujang pulak, LE tetap nak belikan warna pink pekat walaupun terdapat bantahan keras. Kata diaorang pink tu warna perempuan.

Lebih kurang macam nilah warnanya. Ok apa warna ni. Semua jantina boleh pakai. Cuba tengok Fahrin Ahmad kat bawah ni..Lawa apa. Tak macam perempuan pun.
Persiapan lain tu macam kuih raya LE akan beli je. Langsir pulak LE akan guna balik tahun lepas punya. Masih elok lagi.

Esok kita cerita lagi. Assalamualaikum.

Sunday, March 25, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

Sudah lama rasanya LE tak update blog ni. Sampai password pun dah lupa. Walaubagaimanapun LE ucapkan Selamat Pengantin Baru buat teman LE iaitu Encik Amat dan pasanganya Shida yang telah selamat mendirikan rumahtangga pada 25.3.2012 yang lalu. LE tak ada gambar nak tunjuk sebab tak sempat nak ambil. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Nanti bila majlis di rumah Amat pada 1.4.2012 LE akan cuba ambil gambar.